Monday, January 02, 2006
KT5 Vol 1 [Part 2]

 

      Aku duduk berehat di meja kecil di beranda rumah. Angin petang yang sepoi-sepoi 'language' ini memang syok. Tenang rasanya lepas solat Asar. Sempatlah jugak aku berzikir sikit-sikit sekadar yang aku tahu. Belajar dengan Najib, naqib usrahku di kampus. Budak Najib ini memang aku tabik 'spring' lah dengan kehebatan dia dalam ilmu agama. Setakat doa selamat tu, pejam mata saja dia baca. Aku? Hehehe... jangankan pejam mata, bukak mata pun belum tentu lancar lagi. Aku bukan sekolah agama macam Najib tu.

      'Tak sekolah agama bukannya alasan untuk tak dalami agama... sikit-sikit lama-lama jadi bukit..'  Teringat aku kata-kata Najib masa sesi taaruf usrah dulu. Masa tu aku segan gila nak join mereka. Maklumlah aku tak pernah terdedah dengan semua tu. Aku sekolah menengah pun kat sekolah biasa saja. Mana ada usrah-usrah tu semua. Sekolah asrama ada lah. 

      Tapi sejak aku join usrah tu, banyak benda tentang Islam aku belajar. Rupanya Islam yang aku tahu selama ini sangatlah sikit. Very much superficial, sekadar melepaskan diri dari terjerumus ke lembah kekafiran sahaja. Nauzubillah min dzalik. Benda asas sangat sahaja yang aku tahu. Dalam bahasa perubatannya, Islam yang aku kenal sekadar epidermis layer saja, sedangkan di bawah sana ada dermis dan muscles segala mak nenek yang masih tersembunyi... cewah.. falsampah pula.. hehe..

      'Tapi... yang asas tu paling penting... dalam sebuah bangunan, basement paling penting... lemah basement runtuhlah bangunan.. malah Islam itu seumpama bangunan... syahadah sebagai asas, solat sebagai tiang, puasa menjadi dinding, zakat menjadi pintu dan haji sebagai bumbung... salah satu rosak... maka runtuhlah bangunan itu..' kata-kata Najib masih terngiang-ngiang di telinga. Syukurlah Allah bukakan hatiku nak join usrah Najib.

      Buku karangan Adnan Oktar atau nama penanya Harun Yahya bertajuk "Penipuan Evolusi: Keruntuhan Sains Darwinisme dan Latarbelakang Ideologinya" terjemahan oleh Rohidzir Rais itu aku buka. Mencari muka surat terakhir aku berhenti semalam. Semakin aku baca, semakin aku nak tahu kesudahan penjelasan Harun Yahya ini. Kagum betul aku dengan Harun Yahya. Semasa mudanya sudah menjalankan tugas dakwah. Bayangkan macam mana keadaan seorang diri berjuang menegakkan kebenaran Allah sebagai pencipta makhluk seluruhnya di Universiti Mimar Sinan yang terkenal dengan fahaman atheisme tu. Semangat Harun Yahya memang teguh. Aku.. belum tentu dapat bertahan sepertinya.

      Aku menyambung bacaanku dari muka surat bertajuk: Kisah Peralihan Dari Air Ke Darat.. Hmm memang tak logik langsung haiwan di dalam air nak berevolusi menjadi haiwan darat. Peparu dan semua kelengkapan hidupan darat berbeza dari haiwan air. Teori Darwin ini memang salah. Bengong jugak rupanya orang putih ini ye. Rupanya golongan Yahudi dan materialisme serta komunisme ada plot jahat terhadap Islam. Patutlah mereka beriya-iya menentang Harun Yahya dan menyokong teori yang tak saintifik langsung ini. Mujurlah ada ilmuan seperti Harun Yahya dan Scientific Research Foundation ini yang membidas teori ini dengan bukti-bukti saintifik. Baru ternganga mat saleh sana nun. 'Ya Allah.. berilah kekuatan pada ilmuan Islam akhir zaman ini untuk menegakkan kalimah suciMu.. ameen..' tiba-tiba terdetik sekuntum doa di hatiku. 

      "Baca buku apa tu along?" suara di belakangku menghentikan bacaan aku pada muka surat 34. Aku berpaling.

      "Eh.. ayah.. ini ha buku Harun Yahya.. kawan along pinjamkan.. best jugak.." jawabku panjang lebar. Aku menghulurkan buku tersebut pada ayahku. Aku tahu, ayahku memang berminat tentang kajian-kajian saintifik semua tu. Maklumlah orang sains jugak. Ayahku bekerja sebagai Penasihat Kajian Sains Biologi Maritim di Institut Kajian Biologi Negara. Benda-benda alam semulajadi macam yang dijelaskan dalam buku ini memang dalam perngetahuan ayahku lah.

      "Hmm sejak bila anak ayah baca buku-buku ilmiah pulak ini? Selalunya APO?, Gila-gila, Pedang Setiawan entah apa lagi lah" balas ayahku. Tangannya menggosok-gosok bahuku yang dibalut kemeja T Adidas itu.

      "Saja tukar angin lah ayah..." balasku tersengih.

      "Eloklah tu... tak lama lagi dah nak jadi doktor... tambah ilmu tu.." sambung ayahku sambil melepaskan punggungnya atas kerusi di sebelahku.

      "Ayah tak kerja ke hari ini?" tanyaku mengubah topik.

      "Hai.. along.. apa hal lah along ini... kan hari Ahad ini.." balas ayah sambil menepuk bahuku. Alamak tiba-tiba pula kantoi dengan ayah. Tu lah.. cuti lama sangat sampai hari pun dah tak ingat. Mini Mental State Examination fail lah kalau macam ini. Tak aware dengan time, date and year. Kehkehkeh.

      "Along saja saja lah ayah... along tau ayah cuti hari ini.." balasku. Nak cover line jugak tu dengan ayah sendiri. Kuikuikuikui.

      "Cover line nampak along? Hehehe" ayahku menguji. Kantoi lah ini. Aku tersengih. Ketawa pecah di keheningan petang. Best jugak anak beranak ketawa macam ini.

      "Bila nak balik kampus?" tiba-tiba ayah pulak ubah topik. Ehehe.

      "Seminggu lagi ayah.. along ingat along nak balik awal sikit. Banyak benda nak settle.. lagi pun ada camping faculty.. yang along bagitau hari tu" balasku serius. Tak boleh buat lawak banyak-banyak dengan ayah. Kena tazkirah free aje nanti. Hehe.


      "Hmm..." aik? Hmmm aje ke ayah? Tak ada komen panjang-panjang lagi ke? Selalunya ayah lah yang selalu bantah kalau aku nak balik kampus awal. Kali ini macam ok pulak. Huhu.

Seminggu kemudian..

      Aku melangkah ke kaunter check-in penerbangan MAS.

      "Selamat pagi encik" sapa pramugari di kaunter. Amboi.. kempen budi bahasa lagi ke ini? keskeskes

      "Selamat pagi akak" balasku.

      Urusanku di kaunter selesai sekejap aje. Alah nak check-in tu lima minit pun tak sampai. Aku bergerak ke arah keluargaku yang sedang menunggu di lobi. Adoi.. ini drama swasta mama nak mula lagi lah ini. Cerita sedih hantar anak-anak pergi belajar. Adoi.. aku paling tak tahan time ini lah. Bukan apa. Aku pun kekadang tersampuk berlakon sekali drama tu. Adik-adik aku pun join jadik pelakon tambahan jugak. Ayah aje.. maintain jadik pengarah. Huhu.

      "Along dah nak kena masuk ini mama.. ayah.." kataku seraya mendapatkan mama dan ayah. Ah.. sudah. Mata mama dah mula nak hujan dah. Alahai Jenal.. cool man cool.. jangan sedih-sedih. Kau bukan nak pergi luar negara. Pergi Sarawak aje. Eh tu pun oversea jugaklah. Kehkeh. Oit sempat buat lawak lagi tu.

      "Belajar elok-elok long.. isk isk isk" hmm macam biasa. Mama dah tak boleh tahan.

      "Baik ma.." Aku bersalaman dengan mama. Tangannya kucium mendapat berkat seorang ibu. Kemudian mama memelukku dan mencium pipiku. Aku kemudian bersalaman pula dengan ayah dan adik-adikku. Angah, Alang, Ateh dan Usu.

      "Along.. nanti Usu kasi balik duit Along tu ye.. jangan bagitau mama dengan ayah.." bisik Usu. Ala Usu. Tak payahlah nak buat-buat membalas budi. Macam tak biasa saja kau sebat duit Along kau ini.

      "Tak payah lah Usu.. Along halalkan saja.. tapi kalau nak bayar jugak kena kira bunga lah" balasku tersengih.

      Pinggangku lantas dicubitnya. Adoi jangan kuat-kuat Usu. Buah pinggang ini nak pakai lama lagi lah. 

      Aku menaiki pesawat dan mendapatkan tempat di sebelah tingkap. Memandang keluar pemandangan lapangan terbang KL. Luas gila. Tak ada benda yang aku boleh buat kecuali rutin tiap kali aku naik flight. Aku memasang telinga dengan earphone discman SONY. Lagu Numb dari CD Linkin Park tu terngiang di lubang telinga. Aku humming sesikit aje. Nak nyanyi karang mensumbangkan lagu saja. Kekeke. Bengong betollah kau ini Jenal. Tahap nenek ultraman. 

      Aku tiba di Lapangan Terbang Kuching jam 3.30 petang. Hmm awal lagi ini. Lepak kat airport dulu lah. Pergi solat, lepas itu apa lagi.. makan lah. Perut pun dah nyanyi lagu dangdut dah tu. Usus pun tengah gelek gerudi Inul tu. Hehehe. Mesti dah banyak hidroklorik acid yang dirembes kat dalam perut aku ini. Makan kat atas flight tadi sikit sangatlah. Buat cuci gigi saja banyak tu. Oit.. nak banyak anda bawak bekallah Jenal oi.. ingat rumah kau ke? 

      Aku melangkah ke surau airport. Hendak menunaikan solat fardhu Zuhur. Tinggal setengah jam lagi saja ini. Aku bukan taknak jamak tapi... ehehehe tak reti sangat... kuikuikui... karang salah niat jadik solat jenazah pulak. Huhu. Ah takpe. Balik ini aku berguru dengan Najib. Lepas ini boleh lah praktik time balik cuti. 

      Selesai solat aku melangkah menuju ke kafe di tingkat tiga. Erm petang-petang macam ini tak ramai pulak orang makan. Bagus juga ini. Bolehlah aku lepak lama sikit kat sini. Huhu. Aku tak makan banyak pun. Mee goreng hailam dengan teh ais a.k.a teh peng' aje. Hehe. macam mana lah orang Sarawak dapat nama teh peng' untuk teh ais ini. Kreatif gila.

      Selesai makan aku berangkat turun. Cewah. Berangkat turun tu... macam raja-raja pulak. Aku beli tiket teksi dan terus menuju ke arah hentian teksi. RM 17.50. Nasib baik fakulti aku kat Kuching aje. Kalau kat Kampus Samarahan sana mahu kering kontang aku. Ah, banyak songeh pulak kau ini Jenal. Nak free jalan kaki lah. Tak ada fee tak ada road-tax. Huhu.

      Setibanya aku di kolej.. aku dah nampak dah kelibat Pojie a.k.a FauziJiwang. Geng satu apartment aku yang jiwang karat habis. Tahap ultraman taro lah kejiwangan mamat sekor ini. Aku sendiri pun tak tau lah macam mana Najib boleh jadik roommate dia. Berasap kepala dengan ayat-ayat jiwang dia. Hehe. 

      "Assalamualaikum
Nal... baru sampai?" sapa satu suara di belakangku ketika sedang mengeluarkan beg dan barang-barangku dari bonet teksi. Aik? Takkan baru nak balik kampung kalau dah gaya macam ini. Stok budi bahasa lagi lah ini. Rakyat Malaysia ini sebenarnya masih kaya dengan budi bahasa. Cuma kekadang budi bahasa tu jadi kurang asam keping. Erk.. asam keping.. kuikuikui teringat sejarah tersilap beli asam keping dengan limau kering masa orientation dulu.. Memang buta masakan betul. Aku menoleh ke belakang.

 

      Najib.

      "Waalaikumussalam naqib.. eh eh Najib..." balasku. Sempat buat lawak antara benua lagi tu. Takpe. Najib sempoi punya naqib. Tak macam sesetangah tu. Ada ilmu tapi berlagak sangat. Sampai orang tak berminat nak timba ilmu dari mereka. Tapi Najib ini lain dari yang lain. Naqib yang sempoi and can go lah. Bukanlah dia main-main, tapi dia rapat dengan anak-anak usrah macam kawan baik. Tu yang aku salute habis tahap keluangman tu.

      "Oit.. buat lawak kau Jenal... flight kul bape tadi?" tanya Najib sambil membantu aku angkat beg. Hehehe. Bagus betul lah kau ini Jib. Memang stok kempen budi bahasa cemerlang gemilang terbilang betul. Ini yang buat Pak Lah sayang anak muda macam kau ini Jib. Huhu. entah apa-apa lah kau ini Jenal. Mamai ke? Sampai Pak Lah pun join dalam kepala otak kau ini.


      "Kul 1.30 tadi.. sampai sini 3.30" jawabku ringkas. Aku dan Najib melangkah naik ke apartment kesayanganku 110. Aku di bilik A dengan roommateku Zaim manakala Najib dan Pojie di bilik B. Bilik C pulak dihuni oleh Pejol dan Ke'on. Akhir sekali bilik D dihuni oleh mamat kaki tidur dalam kuliah paling berjaya si Akmal dan Azmal. Nama pun dah macam kembar, duduk sebilik pula tu. Cuma kembar ini lain mak lain bapak saja. Hihi.

      Penat gila babas lah hari ini. Macam-macam ada. Perjalanan dengan flight pun penat jugak. Huhu. Sambil mengemas barang aku memasang discman dengan lagu FarEast.. ehehe.. CD Ke'on ini... mamat sekor ini pulak minat tahap cipan dengan nasyid. Semua CD group nasyid best-best dia ada. Aku cuma tolong tumpang dengar aje. Huhu. Aku CD Linkin Park ada lah. Tapi apa salahnye sekali sekala dengar nasyid. Bak kata Kak Line terwarak lah pulak. Takpe, selagi tak melalaikan dari Allah dengar saja lah. 

 

      -----------------------------------------------

      Mekar di taman hati.. cinta pertama
      Engkau ciptaan seni.. idaman kasih
      Antara bibir tersiratnya pekerti
      Kelembutan yang mendamaikan jiwa

      Bermula kau di sini.. penentu bicara
      Kalam kebenaran tiada berdusta
      Dirimu berharga dari segala-galanya
      Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

      Hadirlah cinta.. cinta pertama
      Hadirlah cinta.. cinta utama
      Sayangi diri ini cinta.. cinta pertama
      Hati ini cinta.. cinta utama...

 

     ------------------------------------------------

       Cinta Utama - FarEast


      Wuisy lagu ini memang tahap giga bestlah. Aku memang suka sangat dengar. Erk.. sejak bila pulak Jenal jadik mamat jiwang ye? Ehehe.. tapi lagu ini tersangatlah best.. . Hmm.. aku tak dapat nak tahan terus nyanyi sekuat hati. Aku tahu kejap lagi adalah pengkritik tetap Malaysian Idol dan AF datang tu. Lantaklah... janji aku suka... hihihi saya sangat suka..

      "Woit... pitching lari tu... kalau setakat menjerit aje baik kau pegi nyanyi kat kambing saja..." Ha.. kan dah aku cakap tadi. Mesti datang lah adik Kudsia Kahar ini.. Kehkehkeh.. Siapa lagi kalau bukan Akmal Kahar.. Perah santan betul mamat sekor ini. Nak jadi pengkritik aku konon... dia nyanyi lagi sumbang.. tak sedar diri...

      "Oi.. aku punya pasal lah..." balasku tersengih pada Akmal.. Dia pun membalas sengih tiga kupangnya padaku semula. Akmal melabuhkan punggungnya atas katilku.

      "Kau dah pergi daftar masuk ke Nal?" tanya Akmal. Alamak... aku belum daftar masuk Kolej lagi lah. Selamba badak aje aku masuk tak daftar. Mahu kena saman ini dengan Dr. Latif kejap lagi.


      "Alamak mal... aku lupa lah... pejabat dah tutup ke?" tanyaku. Buat muka cemas macam doktor-doktor kat A&E Department attend patient. Kuikuikui.

      "Hihihi.. rileks lah brader woi... hari ini dengan esok office bukak 24 jam... ramai yang akan sampai tengah malam karang ini... tapi jangan lah pulak kau buat-buat lupa nak daftar... unless kau nak sedekah RM50 kat Ayahanda Dr. Latif tu silakanlah..." balas Akmal..

      Hmm dah maju rupanya Pejabat Kolej aku ini. Sebelum ini bukak sampai pukul 8 malam aje time-time student balik cuti. Anjakan paradigma yang sangat memberangsangkan ini. Cayalah ayahanda Dr. Latip...

      "Ye ke? Alhamdulillah... eh kau jaga barang aku kejap ye... nak pergi daftar... karang aku lupa lagi..." pintaku pada Akmal. Aku tahu si Akmal ini kalau suruh jaga barang, habis disepah-sepahkannya. Cari makanan. Ntah apa-apa ntah mamat ini. Tak ada benda lain ke kau nak cari? Ingat aku ini tokei kedai makan ke apa?

      "And one more thing... my 'biskut's are in that bag... this and this tarappapa..." sambungku menerangkan bag mana yang ada makanan. Senang. Tak payah sepah-sepah barang aku. Telus dan bersih. Bak kata Pak Lah. Huhu.

      "Wokeh... itu yang kita cari...." balas Akmal dengan muka seposen kening Ziana Zain.

      Aku menuruni tangga kolej menuju ke arah pejabat yang terletak di bahagian hadapan. Kolej kediamanku terdiri dari dua buah bangunan. Satu apartment untuk pelajar lelaki dan satu lagi macam biasalah, mestilah perempuan. Takkan untuk maknyah pulak kan... hehehe.. By the way, jarak apartment lelaki dengan perempuan bukanlah jauh sangat pun. Cuma surau dan pejabat kolej aje yang memisahkan. Kira surau jadi pelindung buat mamat-mamat kaki skodenglah. Mana taknya... surau dua tingkat dengan bumbung nalla punya tinggi ditambah dengan kubah ala-ala masjid negara tu. Itulah tempatnya aku solat jemaah ramai-ramai dan juga join usrah Najib. 

      Aku masuk ke dalam pejabat. Macam biasalah kan siapa lagi yang ada dalam pejabat tu kalau tak tiga orang yang tak payah nak diperkenalkan dah. Popular bangat kata mat Indon. Kekeke. Kak Liza, Kak Ina dan Pengetua Ayahanda Dr. Latif. Muka lepat liat Dr. Latif dari jauh dah aku tangkap. Kak Liza dengan Kak Ina tengah borak. Orang perempuan tak ada kerja lain lah tu. Mengumpat. Tak pun cerita pasal Akademi Fantasia 3 tu. Ntah apa yang syok sangat pun aku tak tau. Mawi, Felix entah siapa lagilah.. boringlah..

      "Assalamualaikum
akak... buat 'ketupat' ke?" sapaku pada kak Liza. Buat ketupat? Ehehehe simpulan bahasa Usu tu. Buat ketupat = mengumpat. Kehkehkeh. Aku mengukir senyum sinis perli tahap cipan berhibernasi.

      "Waalaikumussalam... awak ini Jenal tak ada benda lain ke? Asyik buruk sangka saja.. akak tengah bermuzakarah tentang AF3 ini... nak join ke?" balas kak Liza. Err tak ada maknanye aku nak join muzakarah cik kak-cik kak oi.. boleh... blah..

      "Ha.. Jenal... lama tak jumpa ini makin handsome pulak akak tengok..." sapa kak Ina. Aik... nak bodek ke ikhlas ini? Kembanglah hidung aku kejap lagi. Kikiki.. sekali sekala kena puji ini best jugak. Hehe. Isy.. riya'... riya'... tau dek Najib ini.. mampos...peti pos...

      "Oi.. kot ye pun nak mengayat mamat ini biarlah beradat sikit... depan aku pula tu" siku kak Liza. Erk... saling jeles menjelesi pulak akak berdua ini.

      "Akak-akak yang budiman... cik abang kat rumah nun nak letak mana? Tau dek cik abang nun... perang dunia ke-120 akak oi..." balasku berseloroh. Kenapa pula aku jadik blur ini. Perang Dunia baru dua lah Jenal woi... apa menda sampai 120 tu? Biol tahap doraemon lah kau ini. Selalunya akak berdua ini dah jadik geng borak aku hari-hari. Hmmm bengong pasal naik flight lama sangat lah ini. Habis tu.... takkan nak datang Sarawak naik keretapi pulak... gila meroyan ke apa? Huhu.

      "Akak... nak daftar... tapi dah masuk bilik... hehe.. jangan bagitau ayahanda ye.." bisikku pada kak Ina. Tau dek Dr. Latif aku masuk apartment tak daftar mampus. Mahu kena lecture sampai Subuh besok. Peraturan tu peraturan ini. Apakebenda banyak sangat peraturan pun aku tak tau.


      "Beres... janji KFC esok petang ye..." kenyit mata kak Ina.

      "JPA dah masuk kan... bila lagi..." kak Liza pulak menyokong. Ui... ini stok Usu jugak ini. Geng-geng penyokong kuat KFC.. keringlah kalau selalu macam ini.

      "Okeh... set... 5.00 petang..." balasku. Bukan rasuah eh... aku dah janji dengan akak berdua ini before cuti dulu lah... sebengong-bengong aku pun merasuah tu haram.. mana boleh buat benda-benda macam tu..

      Selesai mandaftar, aku melangkah nak balik bilik. Erk.. alamak... camner ustazah ini pun ada kat sini jugak? Jatuh dari langit ke? Atau keluar dari perut bumi? Haru betol lah macam ini. Mana nak elak ini. fikir... Jenal... fikir... sampai berasap cerebrum pun takpe... janji ada tindakan pantas, ligat dan tepat di kala saat genting macam ini... nampak gayanya aku terpaksa jugak melalui rintangan ini. Lantaklah apa nak jadi... jadilah...

      "Assalamualaikum
Zainal Ariff.. daftar kolej ke?"

      Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh... Smile

 

 

Posted at 03:33 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: