Tuesday, February 13, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 1]

 

 

         "Assalamualaikum…" Jenal mengetuk-ngetuk pen biru di jarinya ke atas meja.

         "Waalaikumussalam warahmatullah…"

         "Tengah buat ape?" Jenal bertanya. Tersengih-sengih sendiri di tepi tingkap.

         "Erm… tengah basuh baju nie… eh tak.. tak.. tengah anyam tikar mengkuang… kenape?" suara manis di hujung talian mencuit rasa hati Jenal.

         "Wah.. wah.. awak dah pandai buat lawak le…" Jenal mengusik isterinya Izzah

         "Awak pun ape kurangnye… dah tak tau malu… dulu jangankan nak call, hantar SMS pun terketar-ketar… sekarang nie dah berani ye…" balas Izzah

         "Eh dulu lain… dulu awak coursemate saye.. sekarang nie soulmate saye… hehe" balas Jenal.

         "Tau takpe…" balas Izzah.

         "Dah solat?" Tanya Jenal.

         "Alhamdulillah… baru kejap tadi… awak?" Izzah membalas soalan.

         "Alhamdulillah… dah tadi…" balas Jenal. Senyum tersengih di tepi tingkap.

         "Ade ape awak call?" Tanya Izzah. Sebenarnya dia tak tau nak cakap apa. Masih malu-malu kucing siam lagi tu.

         "Saje… nak kaco awak… nape? Tak boleh ke?" balas Jenal selamba.

         "Erm… ha… ape lagi… kaco lah… kata nak kaco sangat…" balas Izzah.

         "Jom…" sepatah je dari Jenal. Sengaja nak buat Izzah tertanya-tanya le tu.

         "Ha? Nak pegi mana?" Soalan standard le nie.

         "Makan…" pendek jawab Jenal.

         "Saya baru makan tadi… kenyang lagilah… awak…" balas Izzah serba salah.

         "Temankan saya makan…" balas Jenal.

------

         "Erm… yum yum.. sedapnye…" Jenal mengunjuk-ngunjuk sesudu nasi goreng cina.

         "Eleh… setakat nasi goreng camtu, Usu tak heranlah…" balas Usu sambil membelek-belek pamphlet di tangannya. Langkawi… Pangkor… Karambunai… Tioman… Bukit Fraser… Phuket… Bali… Medan… Padang… Australia… London… Paris… Sarawak??! Erk.. Sarawak?

         "Camner? Any suggestion?" Tanya Jenal.

         "Hmm… dalam negeri ke luar negeri?" Tanya Usu semula.

         "Ntah… Along belum fikir lagi…" balas Jenal sambil menyedut teh ais limau di dalam gelas panjang di sebelah kanannya.

         "Long… Sarawak??! Kan Along ngan Kak Long studi kat Sarawak…" Tanya Usu pelik.

         "Ala… Along ambik je tadi… tak semestinya nak pegi… erm… best ape Sarawak…" balas Jenal.

         "Ah… tak romantik langsung le Along nie… eh.. bajet berapa?" Tanya Usu lagi.

         "Along rasa nak pegi dalam negeri je kot… murah sikit…" balas Jenal.

         "Dasar Haji Bakhil betol la Along nie… nak bawak isteri sendiri pegi honeymoon pun berkire lagi ke?" gumam Usu. Jenal tersengih kambing.

------

         "Doktor… makcik nak balik le…" Sayu matanya menagih simpati. Erm… rayuan biasa dari pesakit, terutamanya yang sudah sedikit berumur. Nak jaga ayam itik lah, lembu nak beranak lah, kambing nak kahwin lah… macam-macam alasan yang dibagi. Nak balik rumah cepat le tu.

         "Makcik… makcik tak boleh balik rumah lagi… tengok nie… suhu badan makcik nie tinggi lagi nie… makcik tinggal di sini dulu yer… bila dah ok nanti… saya janji bagi makcik balik rumah… boleh?" Senyuman manis dihulurkan sekuntum dua untuk memujuk hati makcik tua itu.

         "Dr Nurul… phone…" jerit suara jururawat dari kaunter.

         "Jap… saya amik blood nih… 2 minit setengah ok…" balas Dr Nurul selamba je. Sebenarnya tengah borak-borak dengan makcik tadi.

         "Urgent… from lab…" sambung jururawat tadi lagi.

Alah… ade-ade aje la lab nih… time orang nak rileks je ade je benda nak kaco… aku tido kang padan muka aku… Dr Nurul bermonolog sendirian.

         "I'm coming…" ringkas jawapannya sambil melangkah penuh gaya menuju ke arah kaunter.

         "Apesal nih… sengih-sengih…" Tanya Dr Nurul kehairanan melihat staff nurse tadi tersengih sumbing aje.

         "Err… Dr Nurul… bukan dari lab… tapi… Dr Zainal…" balasnya. Dr Nurul mengangkat kening dua belah. Walau pun sebenarnya dalam hati berbunga mekar mendengarkan nama Dr Zainal Ariff.

         "Isy… isy… dosa tau menipu nih…" balasnya sambil menepuk bahu staff nurse.

         "Dr Zainal yang suruh cakap cemtu…" balasnya semula tersenyum. Dr Nurul turut menguntum senyum.

------

         "Assalamualaikum… tak elok senyum sorang-sorang tau…" suara Jenal mengetuk gegendang telinga Izzah.

         "Waalaikumussalam… senyum kan sedekah… dapat pahala tau…" balas Izzah tersenyum lagi. Bahagia.

         "Awak buat ape?" Jenal bersuara semula.

         "Tengah ziarah patient.. kenapa?" jawab Izzah.

         "Takde ape… saja nak tanya tu je.. " balas Jenal selamba.

         "Ya Allah… awak call sebab nak tanya tu aje?" Apehal le suami aku nih… buang tebiat ke ape nih…

         "A'ah… tu je… marah ke?" sambung Jenal. Sah. Memang Jenal nie tak betul agaknya.

         "Taklah… suka sangat… buatlah selalu macam nie… suka sangat…" balas Izzah.

         "Alah… janganlah marah… malam nih jangan lupa dinner kat umah mak long tau…" Jenal mengingatkan Izzah.

         "InsyaAllah… awak nih… cakap kat rumah je lah… awak takde keje ek kat sana?" balas Izzah lagi.

         "Garang siot… takutnyer…" Usik Jenal.

         "Dah… dah… pegi buat keje tu… nanti merungut banyak keja tak siap le… banyak patient tak review lagi le… saya tak nak balik lambat lagi tau hari nie… penat…" rungut Izzah. Semenjak dua tiga menjak nih, Jenal sibuk pulak. Kadang-kadang Izzah terpaksa tunggu di wad sementara Jenal habiskan kerja-kerjanya. Nak bawak kereta sendiri, Jenal tak kasi. Jimat minyak.

         "Ok… babai… mmmuah… Assalamualaikum… sayang…" balas Jenal.

         "Isy… gatal je bunyinye… waalaikumussalam…" jawab Izzah. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyum manis gula batu.

 

 


p/s: Intro yang agak membosankan... huhu.. Wink

 

 

Posted at 06:26 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: