Tuesday, February 13, 2007
KT5 Vol 1 [Part 15]

 

 

      Masa yang berlalu sangat cepat. Tak terasa seminggu dah berlalu. Khairil masih belum sedarkan diri. Keadaannya tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan sedar dalam masa terdekat ini. Sepanjang masa doa kami panjatkan untuknya. Dengan harapan dia akan sedar dari koma. Semoga Allah swt memakbulkan doa kami.

      Kami bergilir-gilir menunggu di wad. Kadangkala aku menunggu di sebelah pagi dan Mak Mah sebelah petang. Malamnya pula aku atau Mak Mah dan Ija bergilir. Izzah juga ada beberapa kali menemankan Mak Mah di waktu malam. Azreen juga tak ketinggalan bersama. Rakan-rakanku yang lain selalunya datang di sebelah pagi atau petang. Aku bersyukur pada Allah swt kerana dikurniakan teman-teman yang setia.

      Tempoh cuti Khairil masih lama lagi. Semalam aku dan Zaim ke Kedutaan Britain untuk membuat makluman berkenaan hal Khairil. Kami juga memberi maklumat kemalangan kepada Kedutaan Malaysia di UK melalui faksimili. Manalah tahu kalau ada apa-apa yang penting berkaitan Khairil di kampusnya.

      "Berapa lama lagi cuti?" Entah apalah kekuatan atau magik yang terjadi tiba-tiba aku bertanya pada Azreen yang sedang asyik membaca novel.

      "Ermm ye?" Mungkin dia asyik sangat membaca sampai tak dengar soalan aku. Atau pun sengaja buat-buat tak dengar. Izzah masih setia di kerusi bersebelahan katil Khairil. Matanya seolah-olah terpaku pada skrin ECG monitoring kat depannya.

      "Cuti berapa lama?" ulangku semula.

      "Sebulan..." jawabnya ringkas.

      "End semester ke?" tanyaku lagi. Aku sendiri sebenarnya tak tau nak buat apa di dalam bilik wad ini. Kaku sepanjang masa. Mak Mah dan Ija dah terlena kat atas sofa di penjuru bilik.

      "erm.." balas Azreen sambil mengangguk.

      "Azreen lagi berapa tahun nak habis study?"

      "InsyaAllah... tahun ini tahun akhir..." balasnya. Aku tak pasti sama ada dia selesa atau mungkin juga tak selesa dengan soalan-soalanku. Tapi aku dah mati kutu dah.

      "Lepas grad... sambung belajar lagi?" tanyaku.

      "InsyaAllah... kalau ada rezeki sambunglah... kalau tak ada mungkin kerja dulu..." balasnya.

      "So far macam mana?" tanyaku lagi.

      "Bolehlah tahan... saya tak pandai macam Zainal... cukup makan saja..." balasnya tersenyum. Dia meletakkan novel di tepi. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.

      "Isy... saya pun bukannya pandai sangat... setakat gitu-gitu saja..."

      "Dulu saya pun teringin nak jadi doktor... tapi..." dia tersenyum lagi.

      "Tapi...?" sampukku.

      "Saya ini penakut dengan darah... macam mana nak jadi doktor... kalau nampak patient luka agaknya saya yang pengsan dulu..." katanya.

      "Ye ke..."

      "Hmm... ada satu cerita... dulu masa kecik-kecik... saya dengan kak Izzah main lumba basikal... entah macam mana kak Izzah terjatuh dari basikal dia... luka berdarah lutut dia... yang kelakarnya... kak Izzah tak ada apa-apa pun... saya yang pengsan..." katanya tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi. Aku juga turut tersenyum.

      "So, macam mana boleh minat dengan akaun pulak... mesti terror Math ini kan?" sambungku. Nampaknya dia sebenarnya taklah seperti yang aku sangka selama ini.

      "Saya ditawarkan... terima saja la..." balasnya.

      "So Azreen tak minat ke dengan akaun?"

      "Mula-mula memang kurang sikit... tapi bila dah lama-lama terasa suka pulak..."

      "Susah ke akaun?" tanyaku lagi.

      "Kalau tak faham tu... memang berasap jugak la fikir... tapi kalau dah faham tu insyaAllah boleh..." sambungnya.

      "Ateh tu saya tak tau lah cemana... tapi dia minat akaun sejak sekolah lagi..." Aku menukar fokus pada adikku pulak.

      "Zulaikha tu pandai... macam abang dia jugak... saya tengok-tengok juga study dia kat sana... so far dia boleh catch up lagi..." balas Azreen. Aku tersenyum saja dengar.

      "ooo.. terima kasih..." balasku.

      "Dah lama kenal abang Khairil?" tanya Azreen. Dia pulak temuramah aku.

      "Sejak sekolah menengah lagi... kami sekelas... kawan rapat.." balasku. Azreen mengangguk.

      "Ooo ye ke... patutlah Ija tu nampak rapat saja dengan Zainal..." sambungnya.

      "Ija tu dulu selalu Khairil bawak pergi rumah saya... bukan dengan saya saja... dengan family saya yang lain pun dia rapat..." terangku.

      "Kasihan Ija kan?" kata Azreen.

      "Kuasa Allah... kita tak boleh nak lawan... takdir..." balasku.

      Panjang juga kami berbual petang tu. Macam-macam benda yang kami bualkan. Memang betul cakap Ateh dulu. Azreen ini taklah semacam yang aku sangka. Dia ini peramah juga sebenarnya. Cuma aku saja yang tak tau. Mungkin dia segan dengan aku. Lagi pun dulu dia baru berkenalan dengan aku.

      Tak berapa lama kemudian doktor Junaidah masuk. Dia melihat progression Khairil. Dia menulis sesuatu ke dalam fail pesakit. Jururawat di sebelahnya memeriksa carta di atas meja kecil di tepi katil. Aku dan semua yang ada di dalam bilik diam membatu.

      "Awak medical student ke?" tanyanya padaku.

      "Saya dan dia..." balasku sambil menunjukkan jari ke arah Izzah.

      "Saudara ke?" tanya Doktor Junaidah pada Izzah. Aku memandang Izzah. Mungkin berbelah bagi nak menjawab.

      "Err... dia kawan saya..." Aku memintas. Doktor Junaidah tersenyum. Dia kemudian beredar keluar. Wajah Izzah kelihatan tenang kembali.

 

 


      "Nal... kalau aku tanya kau sikit aku harap kau tak ambik hati ye..." Teman baikku Pojie tiba-tiba saja bersuara. Aku menoleh ke arah dia yang sedang duduk di atas bangku di taman rumah Izham. Kebetulan pagi itu aku ke rumah Izham.

      "Kau nak tanya aku pasal apa ini? Kalau tak bersebab takkan la aku nak terasa hati pulak.." balasku. Bunyinye macam serius saja.

      "Sebenarnya apa hubungan kau dengan Izzah?" Aku terkejut dengan soalan tu.

      "Kenapa kau tanya macam tu?" Sebolehnya aku tak mahu ramai tahu tentang hubungan aku dan Izzah.

      "Takdelah... aku nampak korang berdua ini lain macam bila berjumpa..." jawab Pojie.

      "Maksud kau? Lain macam yang macam mana?"

      "Lain... lain daripada bila ko jumpa kawan-kawan sekuliah kita yang perempuan..." Aku menggaru kepala yang tak gatal. Senyum.

      "Sejak bila kau jadik psychoanalyst pulak ini?" Aku masih cuba nak sembunyikannya.

      "Isy kau ni.. seriusla sikit... Izzah pun aku nampak lain... especially lepas Khairil datang kampus kita hari tu..."

      "Izham tak ada cakap apa-apa ke?" Soalku kembali. Manalah tahu Izham ada bagi hint sesikit dekat bebudak ini tentang pertemuan aku dan Izzah hari tu.

      "Izham? Cakap? Cakap pasal apa? Dia tak ada cakap apa pun?" balas Pojie. Fuh. Lega sikit rasanya. By the way aku yakin Izham takkan pecahkan rahsia ini selagi aku tak izinkan.

      "Aku ucapkan terima kasih pasal korang semua concern pasal aku dan Izzah... tapi... masa belum sesuai untuk aku jelaskan semuanya..." Aku menepuk perlahan bahu Pojie. Aku harap dia faham. Pojie mengangguk.

      "...aku pasti suatu masa nanti kau akan tahu jugak..." sambungku sambil meninggalkan Pojie yang terkebil-kebil.

      Kadangkala aku rasa tertekan sangat. Rencana Allah swt terasa terlalu berat untuk aku pikul. Jalan hidup aku rasa macam bersimpang siur. Pusing ikut sini, keluar ikut sana. Finally, kembali pada aku semula. Perasaan aku jadi tak stabil. Bila aku tengok keadaan Khairil. Aku rasa macam bersalah sangat dengan dia. Seolah-olah aku yang jadi dinding pemisah antara dia dengan Izzah. Seolah-olah aku ini menjadi jurang antara mereka berdua. Walau pun hakikatnya aku tak pernah tahu tentang semua ini.

      Mama dengan ayah aku pun masih lagi berdiam diri. Mereka macam tak nampak penderitaan yang aku tanggung akibat dari keputusan yang mereka buat dulu. Aku faham. Mereka sendiri pun mungkin tak menjangka yang semua ini akan terjadi. Mungkin rasa persahabatan yang amat kuat menyebabkan mereka ambil keputusan untuk berbesan. Tapi aku masih tak faham kenapa mesti ayah dan mama senyapkan lagi sedangkan Izzah dah tahu. Kenapa mesti aku dapat tahu dari Izzah? Bukan dari mulut mama atau ayah? Kenapa mesti aku tahu semua ini selepas Khairil dapat tahu?

      "Mama..." Aku memberanikan diri.

      "Erm Along... awal Along bangun hari ini?" Mama kelihatan masih cantik dengan jubah ungu hadiah dari Ateh tahun lepas tu. Aku senyum memandang Mama.

      "Mama.... ayah mana?" Sejak tadi aku tak nampak kelibat ayah. Selalunya waktu-waktu cuti macam ini ayah ada di rumah.

      "Ayah hantar Mak Mah dengan Izzah ke hospital.... kejap lagi baliklah agaknya..." Mama meletakkan semangkuk nasi goreng di atas meja.

      "Mama...?"

      "Along...? Kenapa ini? Dari tadi mama tengok Along semacam saja?"

      "Mama... siapa Izzah?" Terpacul soalan yang berbenak di hatiku. Mama nampak terkejut dengan soalan aku. Mungkin tak sangka aku akan bertanya soalan semacam tu.

      "Kenapa Along tanya Mama sedangkan Along lebih kenal Izzah?" balas Mama.

      "Mama... Along dapat rasa yang Mama dan Ayah merahsiakan something pasal Izzah dari Along.." sambungku. Aku cuba nak mencari helah supaya aku dapat dengar penjelasan terus dari mulut Mama.

      "Along... rahsia apa pulak ini? Along ini macam-macam la..." balas Mama. Seperti biasa. Mama yang aku kenal adalah seorang ibu yang sangat pandai menjaga hati anak-anak dia. Setiap jawapan atau kata-kata yang keluar dari mulut Mama penuh maksud tersirat.

      "Mama... Along cuma nak dengar terus dari Mama atau Ayah saja..."

      "Along..." Mama duduk berdepan denganku.

      "Please Ma... Along ada hak untuk tahu semua ini kan?" Aku lihat Mama seperti sedang mencari kekuatan dalam dirinya.

      "Along.... Izzah adalah tunang Along..." Meresap rasa gemersik bila aku dengar dengan jelas sekali kata-kata Mama. Aku masih mendiamkan diri.

      "Along ditunangkan semasa masih kecik lagi..." sambung Mama.

      "Kenapa Along tak tahu semua ini?" tanyaku.

      "Masanya belum sesuai Along..." ringkas jawab Mama.

      "Mama... Along anggap Izzah tu macam kawan biasa saja..." Kalau boleh nak Mama tahu yang aku tak ada apa-apa perasaan terhadap Izzah.

      "Mama juga dulu anggap ayah macam kawan biasa... Along... cinta boleh berputik bila-bila masa saja..." balas Mama. Aku bangun meninggalkan Mama.

      Memang betul Mama. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa saja. Itulah yang sedang Along alami. Itu juga yang sedang Izzah alami. Juga Khairil. Cinta berputik pada bila-bila masa sahaja di hati kami. Tapi cinta Along bukan untuk Izzah. Cinta Izzah bukan untuk Along. Manakan boleh kami bersatu kalau hati kami menyatakan tidak? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala perancanganNya.

 

Posted at 10:00 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: