Saturday, January 13, 2007
KT5 Vol 1 [Part 11]

 

 

      Hari ini aku selesai exam. Alhamdulillah. Rasa lega dan puas. Aku dah berkira-kira tarikh nak balik kampung dah ini. Hehe. Cuma aku belum pasti lagi la. Pasal Khairil cakap nak datang sini la pulak. Nak tengok kampus aku. Nak tolak kesian pulak. Dah lah baru lepas kecewa. Serba salah jugak aku ini. Mama suruh aku balik cepat, Khairil pulak nak datang. Terpaksa la aku tangguhkan seminggu tarikh aku balik kampung. Rasanya seminggu dah cukup agaknya nak bawak dia pusing Kuching ini.

Khairil berkawan dengan aku semenjak form 1. Orangnya boleh tahanlah. Baik hati dan yang paling aku suka dia menghargai persahabatan kami. Sebab tu lah sampai sekarang ini kitorang still berkawan baik. Dia ini memang minat melampau-lampau dalam bidang kejuruteraan. Sekarang ini dia dah tahun 4 dalam bidang engineering di UK. Tak lama lagi jadik engineer lah mamat tu.

Tentang Nurul tu. Aku sendiri pun tak kenal sangat. Si Khairil ini mula berkenalan dengan dia kira-kira dua tahun dulu. Masa tu kalau tak silap aku dia jumpa si Nurul ini dekat KL masa dia balik cuti musim sejuk. Aku pun masa tu tengah cuti, cuma tak berpeluang nak bertemu muka lagi dengan Nurul ini. Khairil kata orangnya baik, sopan, lemah lembut dan macam-macam lagilah. Ermm.. kalau dah suka tu, semuanya elok saja kan.

Nurul ini katanya ada adik lelaki. Tapi dah dekat 20 tahun tak jumpa. Mak ayah Nurul ini meninggal dunia semasa mereka kecik lagi. Lepas tu keduanya terpisah sebab si Nurul ini dipelihara oleh sebuah keluarga di utara dan adiknya diambil oleh keluarga lain. Dengar kata Khairil, sampai sekarang Nurul sendiri tak pernah menatap wajah adik lelaki dia tu. Kesian dia.

Nasib kita di dunia ini macam-macam. Ujian Allah swt. Macam Najib selalu cakap, kita takkan diuji selagi kita tak mampu menanggung ujian tu. Semakin berat ujian, semakin sayang Allah swt pada kita. Mungkin juga Allah nak temukan si Khairil ini dengan Nurul; untuk mengajar Khairil erti hidup. Kemudian hari nanti ditemukan dengan insan sejati untuk hidup bersama. Ecewah. Memandai saja aku ni. Hehe.


Triit... triit.. 
      "Hello... assalamualaikum..."

      "Waalaikumussalam... Nal..."

      "Khairil... Kenapa?" tanyaku.

      "Malam ini aku sampai pukul 8.30 malam tau... ko jangan lupa ambik aku kat airport.." Khairil menjawab.

      "Awal lagi la... pagi lagi ini... rileks la.. aku gi ambik punya... jangan risau... ko kat mana ini?" tanyaku lagi. Risau benor mamat ini. Macam tak pernah naik flight. Pergi UK seorang-seorang tak risau, travel dalam negara sendiri sorang-sorang risau pulak.

      "Aku kat rumah la... kejap lagi nak keluar" balasnya.

      "Wei... dah nak fly sini pun ko nak keluar jalan lagi?" Tanyaku.

      "Aku punya pasal la... eh jangan lupa... aku chow dulu... assalamualaikum..." Kenapa semua orang hari ini cakap pendek-pendek ek? Hari bahasa pendek sedunia ke?

      "Waalaikumussalam..." saya menjawab salam Khairil.

------

      Aku mengenakan baju ala kadar sahaja. T-shirt putih dan juga seluar slack hitam. Selesai solat Isyak di surau tadi. Aku bergegas bersiap untuk ke airport. Kejap lagi Khairil sampai bising la mamat tu. Aku ajak Pojie ikut sekali. Cadangnya lepas ambil Khairil, aku nak pergi makan malam. Kenalkan dia dengan makanan Sarawak la.

      "Jie... jom..." Aku memanggil Pojie yang sedang memakai jam tangan.

      "Ala tak lari airport dikejar la..." balasnya tersengih.

      Setibanya di airport. Aku mencari tempat meletak kereta. Fuh nasib baik tak ramai sangat orang malam ini. Kalau tak terpaksalah aku park kereta bawak pokok tepi jalan. Selesai meletak keretaku. Aku dan Pojie melangkah ke Balai Ketibaan. Ramai juga orang di sini. Flight baru sampai 10 minit lepas. Semuanya tengah busy mengambil bagasi masing-masing. Tercangak-cangak mencari di mana la si Khairil ini.

      "Nal!!...." Dari jauh aku dengar nama aku dipanggil. Aku menoleh ke kanan.

      "Woit... Khairil..." Aku mengajak Pojie menuju ke arah Khairil yang sedang mengangkat begnya ke atas troli.


      "Assalamualaikum..." kami berjabat tangan.


      "Waalaikumussalam..."


      "Ha.. kenalkan... kawan aku... Fauzy... kitorang panggil Pojie saja..." Aku mengenalkan Pojie kepada Khairil.


      "Fauzy..." Pojie menghulurkan tangan.


      "Khairil..." Khairil menyambut tangan Pojie.


      "Ko dah makan belum?" tanyaku.


      "Alah makan atas flight mana nak kenyang... macam ko selalu merungut tu..." balasnya.


      "Jom makan dulu la... lepas itu pergi hostel aku..." balasku.


      "Aku on je..." balasnya.


      "Makan kat Sadat lah... sedap kat situ..." cadang Pojie.


      "Ok juga..." balasku.


      "Sadat tu apa benda Fauzy?" tanya Khairil. Aku dan Pojie memandang satu sama lain. Satu... dua... tiga... Kahkahkah...


      "Sadat tu nama restoran la..." jawabku.


      "Ermm..." balas Khairil. Pojie masih tersengih lagi.


      "Dah la tu wei... dah macam kerang busuk dah tu..." Aku menepuk bahu Pojie.

      Makanan di Sarawak ini tak ada banyak bezanya sangat dengan tempat lain. Cuma mungkin cara masaknya atau bahan masakan yang berbeza. Itu pun sikit saja bezanya. Tapi, yang paling aku ingat tentang masakan sini, kalau order nasi goreng ayam tu, maknanya akan dapat nasi goreng biasa tapi diletak ayam goreng kat atas nasi tu. Tak macam kat tempat aku, isi ayam tu digoreng sekali dengan nasi. Dan satu lagi, laksa Sarawak tu memang sedap. Kalau orang kampung yang masak. Memang best betul.

Khairil tinggal sekali dengan aku di hostel. Sebab dah ada dua tiga orang yang dah balik, so aku apply dengan pejabat kolej untuk dia duduk sini saja. Tak payah buang duit kat hotel tu.

      "Woit... menung panjang nampak?" Aku menepuk bahu Khairil yang sedang duduk menghadap ke tingkap di bilikku.

   
      "Tak ada la..." balasnya. Eleh.. macam aku kenal dia semalam pulak. Tengok muka dua kupang dia tu pun aku dah tau dia susah hati.


      "Ala Khairil... macam aku tak kenal ko... ko ingat kat Nurul tu lagi ke?"


      "Mana boleh senang-senang saja nak lupa Nal... dia cinta pertama aku..." Wajah Khairil berubah suram. Silap ke aku tanya dia time dia nak bercuti macam ini? Bengong jugak aku ini.


      "Aku tau... sorry la wei... kau datang nak holiday aku ungkit cerita ini pula..." kataku.

      "No hal... sekurangnye lega sikit aku rasa..." balas Khairil.

      "Aku tanya sikit kau jangan marah pulak..."

      "Apa? Tanya saja la..." balasnya.

      "Seserius mana hubungan ko dengan dia?"

      "Aku balik kali ini dengan hajat nak bertunang dengan dia... seserius tu la..." balas Khairil.

      "Dia dah tau hajat ko ini?" Khairil menggelengkan kepalanya.

      "La... Kenapa ko tak bagitau dia?" kataku lagi.

      "Hari aku nak bagitau dia tu la dia minta putus... habis dah orang tak nak takkan aku nak cakap lagi..." balasnya. Kesiannye.

      "Aku simpati dengan kau Khairil... sabarlah..."

      "Takpe... aku yakin ada hikmah semuanya..." balasnya.

      "InsyaAllah..." jawabku.

      "Ha... asyik cerita aku saja... kau pulak cemana? Takkan tak ada lagi?" Dia tukar topik pulak dah.

      "Aku... macam ini la... macam mana lagi?" jawabku.

      Macam ini saja.

 

 

Posted at 01:13 pm by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: