Wednesday, April 04, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Finale]

 

Ya Allah Ya Tuhanku

Aku sedari segala-galanya

Berada di dalam genggamanMu

 

Aku sedari segala-galanya

Tidak akan terlepas pandanganMu

 

Hati ini di dalam kuasaMu

Taklukan qudratMu

 

Kumohon Ya Rabb

Leraikanlah gelisah ini

Tenangkanlah jiwa ini

Usaikanlah permasalahan diri ini

Mudah-mudahan yang terbaik

Menjadi milikku selamanya

 

Andai kiranya ada insan

Yang Engkau ciptakan

Untuk diriku ini

Yang Engkau rencanakan

Untuk diri ini

Yang Engkau redhakan

Menjadi peneman hati ini

Aku redha dengan ketentuanMu Ya Rabb

 

Biar siapa sahaja yang Engkau hadirkan di depan mata ini

Biar siapa sahaja yang Engkau pilihkan untuk diri ini

Aku redha dengan pilihanMu

Baik pada pandanganMu adalah yang terbaik buatku

Ya Allah... aku pasrah padaMu...

 

            “Usu... ada orang datang jumpa Ayah semalam...” Suara Ayah di dalam talian tenang seperti biasa. Tidak lebih dari dua bulan sahaja lagi dia akan ke NZ; jika dia dapat penuhi permintaan Ayah dan Mama. Tapi hingga ke saat ini dia masih menjalani hidup seperti biasa. Dia pasrahkan diri kepada takdir Allah. Lihat sahaja bagaimana Qudrat Yang Maha Agung menyusun kehidupannya.

 

            “Siapa?” Usu mengetap bibirnya. Safuan mungkin. Dia ada memberitahu Usu yang dia hendak berjumpa ibu dan ayah Usu. Tapi tidak pula dinyatakan secepat itu.

 

            “Kawan Usu... dia datang dengan seorang lagi kawan dia...” Suara Ayah masih tenang. Hati Usu pula berdebar. Bergetar.

 

            “Ade hal ape dia datang jumpa Ayah?” tanya Usu. Suaranya mula bergetar. Tidak tahu apa reaksi yang paling sesuai untuk membuka telinganya mendengar jawapan seterusnya dari Ayah.

 

            “Dia datang mintak izin dengan Ayah semalam... katanya nak minta izin secara rasmi dari orang tua Zulfa...”

 

            “Mintak izin untuk ape Ayah?” Usu makin serabut. Ayahnya sengaja bercakap sekerat-sekerat. Nak buat kejutan maut agaknya.

 

            “Mintak izin untuk berkawan dengan Usu... katanya dah lama kenal... tapi belum dapat izin dari Mama dengan Ayah lagi... jadi dia datang nak dapatkan izin berkawan semalam...” jelas Ayahnya.

 

            “Ape Ayah jawab? Boleh ke?” Usu gamam seketika.

 

            “Kenapa Usu tak pernah bagitahu Ayah yang Usu dah ada calon suami selama nih?” Senyuman terukir di bibir Hj Ahmad. Anak gadisnya sudah dewasa rupanya.

 

            “Hah??!! Calon suami??!” Usu terkesima mendengar ayat-ayat yang terkeluar dari corong telefon. Tangannya bergetaran. Aduh siapa pula mengaku calon suami Usu di hadapan Ayah dan Mamanya?

 

            “Ayah dah cakap yang Ayah dan Mama tak ada masalah... Cuma kami tak mahu Usu dan dia berkawan lama-lama sangat tanpa ikatan sah... dia faham gamaknya maksud Ayah semalam tu...” Usu menepuk dahi. Air liur dah berpasir jadinya.

 

            “Sape dia tu?”

 

 

 

 

            Betullah kata tok-tok Guru. Jangan main-main dengan doa. Sekali kena waktu mustajab doa, dimakbulkan terus. Ketika itu tidak ada dalih lagi dah. Takdir berada di depan mata. Hendak tak hendak, terima sahaja. Kuasa Allah dan keluasan ilmuNya tiada bertepi. Kadangkala kita hanya memikirkan satu jalan sahaja untuk menyelesaikan masalah, atau tiga jalan sahaja untuk menyudahkan kesimpulan; tapi Dia punya seribu satu cara yang tidak tercapai dek akal insani. Susunan plot kehidupan kita telah ditetapkan, hanya menunggu masa sahaja untuk dinaikkan ke layar.

 

 

            “Jauh melamun? Sampai ke Kuala Lumpur dah agaknya tu... tak sabar nak balik Malaysia ke?” Mug berisi Milo panas bertukar tangan. Asap nipis memenuhi ruang mulut mug tersebut. Usu tersenyum memandang mata yang bersinar itu. Sudah lama dia rindukan pemandangan indah seperti itu. Sudah lama mata itu menambat hatinya, tapi batasan agama menjadi sempadan. Kini dia memilikinya.

 

            “Milo nih, Abang letak gula kan? Bukan garam...” Usu tersengih. Ketawa berderai di antara kedua mereka.

 

            “Abang tak sekejam tu la Sayang...” rambut Usu yang mengurai ke belakang diraup perlahan-lahan. Usu merebahkan kepalanya ke atas bahu suaminya yang berbalut baju tebal itu. Hangat kasihnya terasa sampai ke dalam hati. Alhamdulillah. Syukur pada Ilahi untuk pilihan yang terbaik ini.

 

            “Tak sabar nak balik Malaysia...” Usu bersuara perlahan. Salji memutih turun memenuhi ruang mata. Cermin tingkap apartmentnya mengumpul gumpalan salji. Cahaya lampu jalan terbias berkaca-kaca.

 

            “Dah tak lama lagi dah... sabarlah... InsyaAllah lepas nih kita menetap terus kat Malaysia...” Senyum terukir di bibir. Usu menganggukkan saja.

 

            “Abang, kenapa abang hilang macam tu je dulu, lepas tu muncul tiba-tiba macam biskut pulak...”

 

            “Abang buat semua tu untuk Sayang la... sebab masa dan jarak akan menyedarkan Sayang...” Hidung Zulfa dicubit manja. Sempat dia mengelak.

 

            “Kenapa Abang tak cakap yang Abang datang Auckland masa tu?”

 

            “Kenapa Sayang tak tanya Abang?”

 

            “Malu la nak tanya...”

 

            “Seganlah nak cakap...”

 

 

            Salji turun memenuhi bumi Auckland saat itu menjadi saksi bisu kepada dua hati yang sudah lama kenal tapi baru kini bertemu. Jauh mana kita lari dari kenyataan itu, lama mana pun cuba dilupakan; hati tetap menemukan jawapannya. Walau rasa cinta itu dinafikan, pedihnya hati sahaja yang menanggung. Tiba masanya cinta mengambil alih tempat di dalam hati, persahabatan tidak perlu dikorbankan. Susunan takdir kita telah ditentukan sejak azali, menanti masa untuk dipaparkan ke layar kehidupan. Terima, redha dan pasrah pada Ilahi. Yang terbaik di sisiNya adalah yang paling baik untuk kita. Zulfa Aiman Binti Haji Ahmad dan Khairul Ashraff Bin Kamarul Bahrin mengalaminya untuk jadi pengajaran buat yang lain. Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan sahaja pada Pemiliknya...

 

 

 

Tamat.

 

KULIAH TAHUN 5 (VOLUME 2)

1215 P.M. 06012007.

 

Hasil nukilan,

Hafeiz Suhaimi

http://cerita-ceriti.blogdrive.com/

 


Huargh... dah abis dah... KT5 Vol 2.. lega.. buat saya kena abiskan Muna pulak.. hehe.. Thanks pd yg selalu bg support.. actually, KT5 Vol 2 nie dah disiarkan dalam Ukhwah.com, cuma saya edit versi Ukhwah tu jadi lebih pendek. Yang kat sini versi asalnya. Ending ni macam tak best.. tp ni je la yg mampu sy buat.. Cadang nak sambung KT5 Vol 3.. tapi ntah bila la gamaknya.. huhu...

Posted at 01:40 am by hafeiz suhaimi

in_wired88
September 10, 2009   01:12 AM PDT
 
suke bace..
btul.. persoalan hati tu serahkan je pada Allah..
Insyaallah ada jodoh
yanti
March 2, 2009   10:54 AM PST
 
nice story.
aynie
January 20, 2009   04:06 PM PST
 
cite ni best sgt2....
swit hanna
December 7, 2008   03:45 PM PST
 
sweeett nyer ceta nih..tlewat menemui blog nie..:)
Sharifah Md. Kassim
April 5, 2007   11:35 AM PDT
 
Cerita yg menarik dan padat dgn pengajaran. Syahas!
Hafeiz
April 4, 2007   08:56 PM PDT
 
Atikah... lakonan seterusnya akan masuk sini dulu.. psl Ukhwah sy kena tunggu waktu yg tak jem utk post...
Hafeiz
April 4, 2007   08:54 PM PDT
 
Kak Hannah.. I think I was too much influenced by Hlovate kot.. hehe.. really admire her ability to goreng the words.. so... nice...


p/s: Tp kalau bab romantik, rasanya Kak Hannah lagi terer kot.. hikhikhik.. tunggu adegan romantik Hanim ngan Is.. :-P
ismi_atikah
April 4, 2007   08:11 PM PDT
 
ana suka last paragraph tu..
sering membuat diri ini tertanya2 lakonan yg seterusnya..

p/s: gud lak tuk muna... gud lak juga tuk pro exam..
kak hannah
April 4, 2007   06:42 PM PDT
 
walaupun macam2 rintangan...dah tahu dah...mesti Asyraff dapat si Usu tu...cuma bestnyer...tak ada adegan akad nikah bla-bla bla...cut short terus dapat dan dah balik dah...cuma,ka...sikit2 mcm 5t5b lah.....
Hafeiz
April 4, 2007   06:39 PM PDT
 
nmpaknya kena buat ending yg tak terjangka plak le.. hehe
Kak Hannah
April 4, 2007   05:09 PM PDT
 
huwa...kenapa cepatnya habis..tapi akak suka je, ending dia sesuatu yg terjangka....waiting for new stories from the bakal doc!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: