Wednesday, April 04, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 41]

 

            Masa tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk dia buat keputusan, bernikah, buat persiapan, terbang ke NZ dan sambung belajar. Semua itu perlu dilangsaikan dalam masa beberapa bulan sahaja? Nak bernikah dengan siapa? Azlan? Haha. Mati Usu dikerjakan tunangnya di UK sana. Takkan nak kahwin dengan Datuk pula? Usu bukannya Siti Nurhaliza. Berbelah bagi antara hendak melanjutkan pengajian dan menukar status diri atau pun menangguhkan dulu pengajian hingga sampai seru. Atau mungkin sambung belajar di dalam negeri sahaja.

 

 

            Rugi pula rasanya menolak tawaran yang ada di depan mata ini. Bukan senang nak dapat. Seumur hidup sekali, mungkin. Orang lain bersusah payah, bergolok bergadai nak melanjutkan pengajian ke sana, dia pula nak main-main. Menolak tuah. Emm tuah kemendanya kalau tawaran itu datang sekali dengan syarat menukar status ‘cik’ kepada ‘puan’? Baru 23 tahun dah kena jadi isteri orang? Takkan ayah dan mama dah boring dengan Kak Nurul Izzah; satu-satunya menantu kesayangan selama ini? Takkan kepingin menerima menantu lelaki sampai sanggup buat syarat semacam ini? Aduh, banyak betul soalan yang menerjah ke dalam fikiran. Semuanya tak ada jawapan konkrit.

 

 

            Sekarang ini hanya ada tiga pilihan sahaja yang tinggal untuk Usu. Satu; bernikah dan sambung pengajian ke NZ. Kedua; tangguhkan dulu melanjutkan pengajian ke NZ hingga bertemu jodoh dan mohon semula bila sudah bergelar Puan Zulfa Aiman. Ketiga; tak perlu fikir fasal suami, batalkan saja hasrat menyambung belajar ke NZ dan pilih untuk belajar di dalam negeri saja. Mana satu? Tak ada talian hayat. Keputusan mesti dibuat segera. Masa tinggal...

 

 

            “Empat bulan? Gila!” terlopong Hana mendengar cerita ‘Mission Impossible’ Usu itu. Misi yang tak logik. Misi yang tidak mungkin.

 

            “Ye.. em...pat.. bu..lan.. four months... Puan Hana...” Usu mengetuk meja dengan sudu. Big Mac di hadapannya masih belum bersentuh. Orang ramai yang sibuk lalu lalang di tepi meja mereka tidak dihiraukan. Hana menggaru-garu dagunya yang tidak gatal.

Impossible betul kawan aku nih...

 

            ”Kau ingat cari calon suami tu macam cari buah durian kat tepi jalan ke?”

 

            “Ha! tau takpe... kau sendiri dah fikir macam tu, lebih lagilah aku yang kena pikul sendiri nih...” Usu menggumam.

 

            “Mak dengan Ayah kau dah ada calon kot? Sebab tu la diorang bagi syarat macam nih..” Hana mencadangkan alasan untuk menenangkan hati.

 

            “Huh... bila masa pulak? Kot ye pun ada calon, Ateh aku pun single lagi... kenapa aku yang jadi mangsa?” Usu mematahkan hujah Hana. Big Mac sudah separuh di dalam perut. Oren sudah separuh gelas dihabiskan.

 

            “Nih bukan masalah mangsa la, jodoh tau dak? JODOH!” balas Hana tersenyum.

 

            “Jodoh modoh... sekarang nih aku dah biol rasanya... nak pilih mana satu nih? Masalah negara betullah..” Usu memandang keluar dinding kaca McDonald’s. Kereta yang lalu lalang, manusia yang berduyun-duyun melintasi jalan, motosikal yang berderu ke sana ke mari sesibuk neuron-neuron di dalam otaknya yang buntu memikirkan penyelesaian.

 

            “Kau nih kire mangsa keadaan la yer? Anyway aku rasa this is rahmah, a bless from Him..” Hana tersengih memandang Usu. Ternganga mulut Usu mendengar jawapan dari Hana.

 

            “A bless? Kau nih mula nak keluarkan hujah-hujah karat kau lah tu... cukup-cukuplah tu Hana oi.. tolonglah fikirkan untuk aku nih... eiii buntu..” Hana senyum tak menjawab.

 

            “Apa yang kau senyum-senyum tu... kejilah kau nih..” sambung Usu.

 

            “Takde... aku terfikir something...” Senyum lagi.

 

            “Ape?” Kening berkerut.

 

            “My best friend’s wedding...” Hana ‘tunjuk gigi’.

 

            “Hana!!!” Sama-sama gelak.

 

 

            'Perkahwinan adalah sesuatu yang menjadi idaman setiap insan. Ia merupakan rahmat dari Allah swt. Kadangkala kita berusaha untuk mengelakkan diri darinya, tapi ke mana pun kita lari; ia tetap akan sampai kepada kita. Ia adalah jodoh yang sudah ditentukan Allah. Samada mahu atau tidak, ia tetap akan datang bila sampai masanya...' Ujar Ustazah Faris Hanna.

 

            "Ustazah, macam mana nak tahu jodoh kita sape?" Rashidah bertanya kepada Ustazah Faris Hanna.

 

            "Bila hati kita senang dengan kehadiran dia, rasa rindu dengan kabaikan dia, rasa dekat dengan Allah bila dia dekat dengan kita, itu antara tandanya.. usually kita boleh tahu sendiri melalui gerak hati kita..."

 

 

------

 

 

Seandainya... Dunia tiada warna

Tetapkan kukagumi

 

Indah maya... Alam ciptaanNya

KudratNya kuagungi

 

Namun jalin warna

Zahirlah sang pelangi

Mengisi mendung menambat seri

 

Terbias semua cahaya

Nyata ilham di alam mimpi

Betapa kusyukuri nikmatNya

Kupasti

 

Begitu kias cinta

Hadir menghuni jiwa

Menyatu sejuta rasa

Kurnia penuh bermakna

 

Tika dalam gelita

Atau sepi kembara

Dihadirkan rasa cinta

Sisih segaa duka

Anugerah dariNya

 

Hanyalah cintaNya

Yang amat kuharapkan

Tiada yang lain jadi rayuan

Namun Dia Maha Mengerti

Tak mampu insan bersendiri

Menempuh dugaan yang menguji

Naluri...

 

            Kias Cinta berlagu dari corong radio. Gema suara Suhaimi itu memenuhi bilik. Kipas angin berputar perlahan-lahan menyejukkan bilik. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.15 pagi. Usu masih berlegar-legar di dalam biliknya. Bilik sebelah kedengaran suara orang bercakap-cakap. Along dan Kak Long lah tu. Mana ada orang lain lagi di dalam rumah itu.

 

 

            “Assalamualaikum... eh Usu tak keje ke hari nih?” Izzah menjenguk dari balik pintu bilik yang tak berkunci.

Waalaikumussalam..

 

            “Erm Usu amik M.C. hari nih Kak Long...” jawabnya tersenyum.

 

            “Kenapa? Usu tak sihat ke? Meh sini Kak Long tengok..” Izzah melangkah masuk ke dalam bilik.

 

            “Usu sihat la Kak Long... sihat wal’afiat nih..” balasnya tersengih melihat riak Izzah yang berubah bila mendengar dia ambil cuti.

 

            “Abis tu kenapa ambil cuti? Ada masalah ke?”

 

            “Takdelah Kak Long... Usu ingat nak pergi buat Medical Check-up hari nih...” jawabnya perlahan.

 

            “What?! say it again.. Kak Long tak dengar la...” Izzah tersengih memandang Usu yang tertunduk memandang lantai.

 

            “Syyy... senyap la Kak Long... nanti Along dengar, malu...” Usu menunjukkan isyarat ‘senyap’ pada Izzah.

 

            “Hmmm... I think I can smell the nasik minyak oledy la...” Sengih.

 

            “Kak Long...!” Doraemon yang tengah sedap-sedap berbaring di atas katil itu tiba-tiba terbang ke arah Izzah. Senyum segaris terlukis di bibir Usu.

 

------

            "Ashraff, cemana flight?" Jenal merenung cermin pandang belakang. Safuan di sebelahnya menoleh.

            "Oit.. berangan ke? Abang ipar kau tanya tu...!" Safuan mengejutkan lamunan Ashraff. Baru turun dari kapal terbang, rasa urat-urat dalam badan sudah berselirat.

            "Erm... aku bukan beranganlah... 3 tahun aku tinggalkan KL, macam-macam berubah kan..." Ujar Ashraff.

            "Kau ingat Malaysia ni tak reti nak membangun ke? Macam pegi 20 tahun je bunyinya..." Getus Safuan. Jenal yang sedang memandu tersengih.

            "Family ape kabar Abang?" Ashraff bertanya setelah diam membisu seketika.

            "Okeh.. alhamdulillah.. semua sihat... by the way Ashraff tanya family ke, nak tanya bunga dalam taman family?" Jenal tersengih.

            "Ala Abang Jenal ni macam tak faham pulak... ayat kiasan zaman dolu-dolu tu.." Sampuk Safuan.

            "Ye la.. kau ingat aku ni desperado sangat ke? Aku bukan gelojoh macam kau la... I'm cool..." balas Ashraff.

            "Ye la tu cool... seminggu aku tak report pasal Zulfa, dah gila meroyan call aku tengah-tengah malam buta... tu namanya ape?" jawab Safuan.

            "Ehehe.. tu rindu..."

            "Banyaklah rindu..." balas Safuan.

            Rindu pada Zulfa Aiman.

 

 

Posted at 01:00 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: