Malam itu mereka sekeluarga berbual panjang. Usu menerima dua berita. Satu berita yang amat dinanti-nantinya selama ini, tetapi satu lagi berita tidak tahu bagaimana hendak diklasifikasikan. Berita gembirakah atau berita sedih? Berita manis atau pahit? Mungkin boleh dikategorikan berita payau kot. Aduh bingung dia memikirkannya.
Surat tawaran melanjutkan pengajian ke New Zealand membuatkannya tidak tidur lena sepanjang malam. Betapa dia bersyukur benar dengan anugerah Allah buatnya. Cita-citanya untuk melanjutkan pengajian peringkat Master itu sudah lama tersimpan di dalam benaknya. Dia sukakan kerjaya sebagai seorang pensyarah. Baginya bekerja sebagai pensyarah itu tinggi nilainya. Dia sedar bahawa dia memerlukan sekeping sijil Master atau Ph.D jika benar-benar mahu menjadi pensyarah. Sebab itulah dia merasa peluangnya amat cerah kali ini bila ditawarkan melanjutkan pengajian.
Siapa yang tidak gembira jika ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar Negara. Sudah tentu gembira bukan kepalang. Itulah yang sedang dirasakannya. Tidur bagai tak lena, mandi bagai tak basah, makan rasa tak kenyang. Terasa seperti di awang-awangan saja bila membaca surat tawaran itu. Mimpikah dia atau realiti? Dicubitnya pipi kanan. Terasa sakit. Dicubitnya pipi kiri. Sakit juga. Sah. Ini realiti, bukannya fantasi.
Tapi… berita payau macam mana??? Adusshh… Usu menepuk dahi.
“Ayah benarkan Usu sambung Master ke NZ… tapi dengan satu syarat….”
Terngiang-ngiang lagi kata-kata Ayah malam semalam. Nak sambung belajar pun pakai syarat marat ker? Macam buat perjanjian dengan PTPTN pulak. Syarat itu, syarat ini. Samada mahu atau tidak, dia perlu tunaikan syarat itu jika mahu melanjutkan pengajiannya. Jika tidak impian hanya tinggal impian sahaja.
Nak dikatakan Ayah bersikap kejam. Logik pula alasan yang Ayah berikan semalam. Along dan Ateh juga menyokong. Mama pula seperti biasa, mana yang terbaik. Nak dibantah tak elok. Mana tak risau jika nak dibiarkannya ke sana dalam keadaan yang langsung tak tahu hujung pangkal hidup di tempat orang. Lagi pula siapa yang boleh diharapkan jika berlaku apa-apa terhadapnya di sana? Dia sendiri risau juga bila terfikir hal itu. Tapi diakan sudah besar. Bukan lagi seperti Usu sepuluh tahun dulu. Dia kini sudah dewasa. Boleh berfikir baik dan buruk. Selamat atau bahaya.
Tapi lumrah orang tua memang begitu. Terutama Mamanya. Mana tak risau. Berada di tempat orang untuk kali pertama. Anak dara pula tu. Kata orang menjaga sekawan kambing lagi senang dari menjaga seorang anak dara. Eh, anak dara tu macam kambing saja ke? Tidak kot. Anak dara boleh berfikir waras. Kambing, mandi pagi pun tidak. Tapi analoginya tepat. Memang payah untuk menjaga seorang anak dara. Banyak pantang larang dan adab sopan budaya dan had larangan agama yang melingkunginya. Untuk kebaikan dan keselamatan mereka juga semua itu.
“….tapi dengan satu syarat iaitu Usu mesti pergi berteman… bukan seorang diri…”
Rasanya syarat pergi berteman ini tidaklah terlalu besar di pundaknya untuk ditanggung. Malah dia dapat rasakan yang dia bisa mendapatkan teman untuk bersama ke sana. Kak Azreen juga rasanya boleh membantu. Dia banyak pengalaman. Ramai kawan-kawannya sedang melanjutkan pengajian ke luar Negara. Di NZ juga rasanya ramai. Mungkin boleh dikenalkan padanya seorang dua; untuk memenuhi syarat Ayah dan Mama itu.
Benarlah kata orang sukar untuk melepaskan seorang anak dara pergi berjauhan dari mata ayah ibu. Nak pula yang jenis lurus dan terlalu jujur seperti Usu. Eh, takkanlah nak tidak jujur? Huhu. Usu pula bukannya jenis huha sana huha sini. Dia jenis yang suka buat hal diri sendiri saja. Kecuali bila ada teman-temannya seperti Hana, Kak Nuha dan beberapa lagi yang rapat. Itu pun sebab dia menyertai Usrah Mujahidah, jika tidak dah pasti Usu kekal dengan sifat dan identitinya yang sama. Ah, makin difikir, makin banyak lagi perkara pantang larang yang timbul. Lebih baik diusahakan sahaja untuk menunaikan syarat Ayah dan Mama itu. Kak Azreen mungkin boleh membantu. Atau mungkin juga rakan barunya Dr Ibtisam yang pasti faham hal kehidupan di luar Negara.
“…dan teman itu mestilah bergelar SUAMI Usu…”
Berdesing telinga mendengar sambungan syarat seterusnya. Anehnya sambungan itu keluar dari mulut Along pula. Usu membeliakkan matanya.
“…hmmm betul tu…”
Sambung Ayah sambil mengangguk.
“…Mama pun setuju…”
Aik? Mama pun bersubahat juga?
“…Ateh pun…”
Ateh pun? Bukankah Ateh masih belum berkahwin? Kenapa tidak didulukan saja pernikahan Ateh. Kenapa mesti Zulfa Aiman yang dulu menamatkan zaman bujangnya di kalangan anak dara Hj Ahmad? Hancur lebur rancangan nak minta bantuan Kak Azreen dan Dr Ibtisam. Takkanlah nak minta dicarikan calon suami pula. Buntu memikirkan berita payau sebegini.
Kalau setakat mencari teman untuk melanjutkan pelajaran ke NZ itu tidaklah besar mana masalahnya. Kak Azreen kalau tak silap ada seorang teman di sana yang sedang menyambung pengajian. Kalau tak salah namanya Kak Lubna. Cuti semester yang lepas sempat Kak Azreen kenalkan pada Usu. Tak jangka pula berkat bertemu ‘orang NZ’ itu dia ditawarkan ke sana. Alhamdulillah. Tapi...... takkan nak suruh Kak Azreen carikan calon suami? Gila! Biol! Tak pernah dibuat orang! Ganjil! Aneh! Tak sesuwei!.
"Ashraff..." Suara Jenal di hujung talian. Usu sudah seminggu mendapat berita payaunya.
"Ye Abang..." berdebar
"Eh.. apesal Ashraff mengeletar je suara nih? Rileks la..." Jenal tersengih.
"Cemana nak rileks Abang, asyik terfikir je..." balas Ashraff tersengih.
"Biasalah tu... kalau dulu lagi Ashraff bagitau kan tak gementar sekarang ni..." kata Jenal.
"Hehe.. cemana Abang..?"
"Dah bagitau... syarat tu pun dah bagitau..."
"Zulfa cemana? Setuju?"
"Dia fikirkan dulu... tapi Abang yakin dia nak pegi... but nak tunaikan syarat pelik tu la yang buat dia runsing sikit tu..." Jenal tersengih. Tak sangka pakatannya dengan Safuan menjadi. Dia dan Safuan lah yang mencadangkan agar diadakan syarat supaya Usu pergi ke NZ dengan suami. Dan sudah pastilah mereka sudah memilih Ashraff sebagai suami yang dimaksudkan itu.
"Kesian pulak saya dengar..."
"Kalau macam tu baliklah... orang dah penat-penat usaha nak satukan dia..." bebel Jenal.
"Baik Doc... opss Along..." Gurau Ashraff.
"Belum nikah tak bleh panggil Along lagi... tu spesel punya panggilan... nikah dulu..." balas Jenal.
"Saya balik next week..."
"Nanti kita bincang sama-sama family lah... jangan risau..." kata Jenal.
"Zulfa boleh terima ke semua ni Abang..?"
"I know my little sis la bro..."
"Macam kahwin paksa je..." Getus Ashraff.
"This is not kahwin paksa la Ashraff... this is kahwin terancang... both of u are in love with each other rite?"
"Kahwin terancang...?"
"Yup... eh.. don't worry la... yang penting, solat banyak-banyak... minta doa pada Allah... semoga korang sama-sama tenang buat keputusan dan sentiasa dalam rahmatNya..." Nasihat Jenal.
"InsyaAllah Abang... that's the best part of u bro..."
"Dah nak jadi suami orang ni, kenalah jaga sikit agama dalam diri tu.. marriage is not just goncang tangan je, ia bermaksud Ashraff terima amanah dari family kami untuk menjaga, menyayangi dan membimbing Usu to be a good wife, a good mother as well as a good daughter either to her family or your family..."
"Saya janji Abang... InsyaAllah..."
"Alhamdulillah... I trust u bro..."