Tuesday, April 03, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 39]

 

            Masa berlalu terlalu pantas. Pejam celik, pejam celik sudah tiga tahun Ashraff ‘hilang’ di mata. Sudah tiga tahun Zulfa Aiman meneruskan kehidupannya sendirian bertemankan kawan-kawan biasa. Tugasan di pejabat seperti biasa menimbun-nimbun. Selagi kita dinamakan bekerja, selagi itulah kerja akan mengejar kita. Kecuali bila masa kita bercuti dan tidak bekerja, barulah kerja menjauhi kita. Tiga tahun tidak muncul di pandangan mata, tidak bermakna hilang terus di dalam ingatan. Minda mudah sahaja melukis wajah jejaka berkaca mata itu bila hati teringat. Masa sudah berjaya melahirkan seorang perindu.

 

 

            Jari jemarinya pantas menari-nari di atas papan kekunci. Surat dan laporan projek itu perlu disiapkan segera. Sementara masih ada masa terluang, elok dipergunakan sebaiknya. Jangan nanti bila masa sibuk datang, ketika itu memang tak berdaya hendak disiapkan semua tugas. Benarlah seperti sabda Nabi Muhammad yang menyuruh kita merebut 5 perkara dari 5 perkara itu.

 

 

Triiit..

Telefon bimbitnya berdering menyanyikan lagu Kias Cinta. Itu tandanya Mama yang telefon. Usu segera mencapai telefon di tepi meja. Nama ‘Mama’ terpampang di skrin. Sekilas senyum terukir di bibirnya. Rindu pada Mama. Baru dua minggu lepas pulang ke rumah, sudah mula rasa rindu pada Mama dan Ayah.

 

 

            “Assalamualaikum Mama…” Usu girang menjawab telefon.

 

            “Waalaikumussalam… Usu busy ke?” Suara yang dirinduinya membuai telinga. Terubat sedikit rasa itu.

 

            “Kalau untuk Mama, busy macam mana pun Usu akan lapangkan jugak… hehe” jawab Usu. Diari di hadapannya ditutup.

 

            “Ye la tu… Usu dah makan ke belum nih? Dah tengahari nih…” Jam menunjukkan pukul 1.15 minit petang. Leka menyiapkan kerja hingga terlupa hari sudah berganjak petang. Patutlah semenjak dari tadi perutnya menjerit-jerit minta dipenuhkan.

 

            “Erm… belum lagi Mama… isyaAllah kejap lagi Usu makan la… nak solat dulu kot..” jawab Usu sambil menyandarkan kepalanya ke atas kerusi pejabatnya.

 

            “Jangan lewat solat… tak baik Usu…” pesan ibunya.

 

            “InsyaAllah… Usu ingat pesan Mama dengan Ayah tu…” Senyum segaris terukir dibibirnya lagi.

 

            “Hujung minggu nih Usu balik rumah boleh?” Mamanya bertanya dengan nada datar. Bunyi seperti perkara penting yang hendak dibincangkan.

 

            “Ada apa Mama? Hal penting ke?” Usu kehairanan. Jarang Mama menyuruhnya pulang ke rumah jika tidak ada perkara-perkara penting yang hendak dibincangkan.

 

            “Hmm.. ada hal sikit… Mama rasa tak sesuai kalau nak bincang dalam phone macam nih.. Usu boleh balik ke tak?” Mamanya ingin mendapatkan kepastian.

 

            “Macam masalah Negara je nie Mama…”

 

            “Ye la tu… boleh balik ke tak nih? Nanti rugi je Mama masak banyak-banyak ikan pekasam..” Ikan pekasam dijadikan umpan. Huhu.

 

            “InsyaAllah Mama… nanti Usu balik… mungkin hari Jumaat petang Usu balik…”

 

------

 

            Telekung putih bersulam bunga ros ditanggalkan, dilipat elok-elok. Sejadah disidai ke kepala katil. Naskhah al-Quran terjemahan dibawa naik ke atas almari. Pengikat rambut dibetulkan dan dia meregangkan otot lengan perlahan-lahan. Allahuakbar… Letih memandu masih terasa walau pun jarak di antara rumah Along dan juga rumah Mama dan Ayah tidaklah jauh mana pun. Namun sudah menjadi lumrah di Kuala Lumpur, jalan sentiasa sesak terutama pada waktu puncak.

 

 

            Usu melihat susunan buku-buku kesayangannya yang tersimpan rapi di atas rak. Kesemuanya dibeli hasil dari menyimpan wang saku sekolah sedikit demi sedikit. Ada yang terpaksa berhutang Along demi memilikinya. Ada juga yang dihadiahkan oleh Ateh dan rakan-rakan sekolahnya. Alam remaja memang menyeronokkan. Hidup hanya terfikir untuk gembira dan bersuka ria. Jika tiada panduan yang betul, dah pasti sesat di pertengahan jalan. Syukurlah keluarganya amat menitikberatkan soal agama dan akhlak. Segalanya dijaga dan selalu diambil perhatian. Terasa terjaga.

 

            “Usu….” Laungan suara Ateh dari tingkat bawah mengejutkan Usu yang sedang melamun di dalam biliknya. Dia bingkas bangun menuju ke pintu bilik lalu diselak sedikit.

 

            “Ye…” jawabnya sambil menjengulkan kepalanya keluar.

 

            “Sini la… orang nak cakap nih…” suara Ateh kedengaran semula.

 

            “Okeh… Usu turun nih…” jawabnya ringkas.

 

 

            Telinga dihiburkan dengan walkman SONY yang sudah berkarat ditinggalkan di rumah itu. Kaset Damai – Hijjaz juga masih elok lagi. Usu menuruni anak tangga sambil menyanyi-nyanyi perlahan lagu Berkorban Demi Cinta. Jam di tangan direnungnya. 9.00 malam.

 

 

            “Ade ape Ateh…..?” Usu terlopong memandang ke depan. Matanya tertancap pada setiap tubuh yang sedang duduk mengelilingi meja makan. Macam mesyuarat kabinet Pak Lah la pulak.

 

Nih meeting cabinet Pak Lah ke? Sume siap sedia tunggu Mak Lahnye.. huhu..

 

            “Usu duduk sini…” Along menarik kerusi di sebelahnya. Ayah dan Mama duduk bersebelahan Ateh.

 

            “Ade ape nih Ayah? Macam serius sangat je nih…” Usu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Walkman segera dimatikan. Hatinya bergetar rasa debar. Ada sesuatu yang tak kena nih.

 

            “Takde yang seriusnya…….”

 

            "Ape kabar pengantin...?" Ashraff bersuara.

            "Alhamdulillah.. sihat-sihat je.. kau ape khabar?" Safuan tersenyum.

            "Aku macam ni la.. nak macam mana lagi..." balas Ashraff.

            "Tu la.. aku suruh kahwin kau banyak songeh... kan dah sunyi.."

            "Ello.. dah mula la tu khutbah kau tu... aku call nie bukan pasal rindu dengan khutbah kau tu.. aku ada hal ni.." Kata Ashraff.

            "Kalau kau tak rindu dengan khutbah aku ni, kau rindu sape? Zulfa ke? Hehe..." Seloroh Safuan.

            "Kau boleh tolong aku tak?" Serius suara Ashraff.

            "Tolong ape ni Ash... serius je bunyinya nih... kau nak kahwin ke?" Sempat lagi Safuan buat lawak antara dua benua.

            "Kau ni.. takde benda lain.. macam Mama aku jugak... setiap kali aku call rumah je, sure tanya pasal kahwin.. naik cair taik telinga tau tak..?"

            "Kahwin tu kan sunnah Nabi... sape yang dah kahwin tu kan menyempurnakan sebahagian iman... takkan taknak ikut sunnah kot...?" Kata Safuan.

            "Aku tau... ermm by the way, aku nak mintak tolong kau ni..." sekali lagi pertanyaan itu diulang.

            "Tolong ape?" Safuan memasang telinga.

            "Tolong dapatkan biodata Zulfa, sijil-sijil dan jugak Ijazah dia boleh?"

            Ternganga Safuan dibuatnya. Tersengih.

            "Kau apehal ni? Nak sijil kebenda semua nih? Kau nak buat ape?"

            "Kalau aku bagitau kau, jangan bocorkan pada sesiapa..." Kata Ashraff.

            "U can count on me la Ash..."

            "Kat sini, ada tawaran melanjutkan pengajian Master dalam Admin... Zulfa pernah cakap dia nak sambung study... so, aku nak tolong dia..." jelas Ashraff.

            "Oic... cemana aku nak dapatkan semua tu? Bukannya senang..." gerutu Safuan.

            "Ai... Halina kan rapat dengan Zulfa... but promise me jangan sampai Zulfa tau..."

            "I'll try my best... tapi..."

            "Tapi ape pulak?"

            "Aku cakap perkara serius sekarang ni... aku harap kau jangan anggap aku lecture kau ke, khutbah kau ke ape ke plak..."

            "Hmm.. apehal?"

            Ashraff menanti di hujung talian.

            "Kalau Zulfa dapat lanjutkan pengajian ke sana... aku rasa elok korang berdua nikah je... sekurang-kurangnya dia ada kau di sana... takde la family dia risau sangat..." kata Safuan.

            "Aku faham... itu yang aku fikirkan pun... but please keep it as a secret for a while... aku tak nak dia terkejut dengan semua ni..."

            "InsyaAllah.. aku janji.." balas Safuan.

            "By the way, 2 bulan lagi aku balik..."

            "I see..."

            "Either Zulfa dapat further study or not, aku rasa dah sampai masanya untuk melangkah for the next step..." Ashraff mendatar.

            "Alhamdulillah... that's what I wanna hear since years ago..."

            "Alhamdulillah... harapnya Allah bantu aku..."

            "Allah selalu bantu kita Ash... as long as kau ikhlas.. Dia sentiasa di sisi kita..."

 

 

Posted at 01:30 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: