“Mama... elok ke pakai macam ni? Malulah Usu tengok..” Usu menggayakan kebaya labuh berwarna ungu muda yang diberikan oleh Lina dua hari lepas. Katanya pakaian pengapit mesti seiring dengan pengantin.
“La... dah adatnya macam tu Usu... elok je Mama tengok.. macam nak mengalahkan pengantin je..” Seloroh Mama.
“Mama ni...”
“Eh.. dah la tu Usu... bukannya nak jadi pengantin, pengapit je..” Jenal mengusik adiknya.
“Sibuk je Along ni...”
Rumah banglo berwarna putih itu disimbah rona ungu muda sepenuhnya. Dari bumbung khemah hingga ke perhiasan di dalam rumah bertema ungu muda. Hari ini hari bahagia untuk Lina, bekas setiausaha Ashraff. Usu pula rasa berdebar-debar. Kali pertama menjadi pengapit.
“Lawanya akak... jeles la Lina macam ni... mengalahkan Lina je..” Tudung ungu berhias manik berkilauan menutupi kepala Lina. Gadis manis itu tampak ceria di sebalik debaran untuk majlis akad nikah sebentar lagi.
“Isy... merepeklah Lina ni... taknaklah jadi pengapit kalau macam ni...” Usik Usu.
“Janganlah camtu akak..”
“Eh, sejuknya tangan Lina...” Usu menggenggam jemari tangan Lina.
“Akak... Lina takut...” jawabnya. Airmata sudah mula berkaca-kaca.
“Lina... takmau la macam ni... insyaAllah.. selawat banyak-banyak ye Lina..” Usu cuba menenangkan Lina.
“Akak... sepatutnya akak yang berada di tempat Lina sekarang ni...” Lina memandang ke dalam mata Usu.
“Hisy... ape ni Lina? Jangan cakap macam tu... jodoh maut semua Allah tentukan.. akak yakin Allah dah pilih suami terbaik untuk Lina... yakinlah Lina...” Usu serba salah mendengar luahan Lina itu.
“Lina takut akak...”
“Lina dah... jangan macam ni... tengok dah rosak sikit mekap ni...” Usu membetulkan sedikit letak tiara di atas kepala Lina.
“Ha... pengantin lelaki dah sampai tu...” Cik Shuhada jurusolek Lina menyelak sedikit tirai. Paluan kompang dari bawah mengesahkan.
“Kak Lina, meh Shuhada betulkan sikit tudung tu...”
“Lina... tenang ye.. akak sentiasa di sisi Lina..” Usu menenangkan Lina.
“Thanks akak..”
“Pengantin perempuan... oh pengantin perempuan... keluarlah cepat oi...” Suara Mak Ngah Lina dari luar sambil mengetuk pintu.
“Kejap Mak Ngah... Lina dah siap ni..” Usu menjawab bagi pihak Lina.
“Lina... ready now?” Usu memandang Lina yang tak ubah seperti adiknya itu. Senyum diukir sekuntum.
“Hmm.. insyaAllah...” Lina tersenyum semula.
“Ha.. that’s my girl... opss.. Puan Lina to be.. hehe” Usu berseloroh.
Usu melangkah keluar dari bilik sambil mengiringi Lina di sebelahnya. Jemari Lina sentiasa menggenggam tangan Usu. Sejuk.
“Cik Nur Halina Binti Hj. Mustafa, apakah cik bersetuju untuk dinikahkan dengan pengantin lelaki seperti tertera namanya di dalam surat ini?” Jurunikah bertanya Lina. Usu memandang ke arah Lina.
“Saya setuju...”
“Sila tandatangan cik..” Pen dihulurkan.
“Sedia?” Jurunikah bersuara kepada Wali dan juga dua orang saksi.
“Ye.. boleh mula..” Kata Hj Mustafa.
“Ahmad Safuan Bin Haji Ahmad Saad”
“Saya...”
“Aku nikahkan akan dikau dengan Nur Halina Binti Hj Mustafa berwakil walikan akan daku, dengan maharnya RM 22.50 tunai”
Sori episod ni pendek plak.. hehe.. malas nak susun semula.. bcoz after this episode, will be other new plot.. 