Tuesday, April 03, 2007
Kuliah Tahun 5 Vol 2 [Episod 37]

 

            Usu mendapat kerja baru di sebuah firma tidak jauh dari pejabat lamanya. Di sana dia rasa lebih tenang. Walau pun jauh di sudut hatinya dia masih mengingati kenangan di pejabat itu. Di situlah dia bertemu semula dengan Ashraff. Di situlah segala kenangan pahit manisnya tersemadi. Di situ juga kali terakhir dia melihat Ashraff pergi. Dan dia tidak betah lagi merenung ke arah bilik Ashraff yang kini dihuni pekerja baru. Setiap satu sudut di sana mengingatkan Usu pada jejaka itu. Dia mahu buang semua perasaan itu. Dia mahu lupakan kisah silam.

 

 

            Jika benar jodohnya ditentukan dengan Ashraff, biarlah Tuhan yang tentukan caranya. Dia tidak mahu merancang. Dia takut akan kecewa lagi. Dia yakin Ashraff lah insan yang dijanjikan Allah untuknya. Cuma mungkin Allah hendak menguji kekuatan ikatan di antara mereka. Itulah yang dipegang dan diulang-ulang selalu oleh Usu kepada dirinya sendiri setiap kali teringat kisah silam. Dia pasti suatu hari nanti akan ada cahaya di hujung jalan percintaannya yang aneh itu.

 

            Ya. Memang benar. Cinta yang mekar di dalam hatinya kini untuk Ashraff. Dia tidak lagi seperti dulu, cuba menafikannya. Dia terima hakikat bahawa rasa cinta, sayang dan suka kepada seseorang itu adalah fitrah hidup manusia. Kurniaan Allah yang sangat unik dan istimewa. Bukan semua manusia mendapat keistimewaan itu. Teringat dia pada kata-kata Ustazah Faris Hanna semasa mengikuti usrah di rumah Dr Ibtisam dulu.

 

            'Cinta adalah fitrah yang Allah kurniakan.. ia adalah ni'mat yang tiada taranya.. setiap manusia diberikan fitrah untuk beragama, fitrah untuk dikasihi dan mengasihi dan fitrah untuk mempunyai perasaan ingin berkeluarga, beranak-pinak dan sebagainya.. kombinasi ketiga-tiga fitrah ini perlu dijaga.. supaya cinta yang hadir, dipandu oleh agama untuk membentuk sebuah baitul muslim...'

 

            'Ustazah, kenapa pula Islam melarang cinta sebelum nikah, jika itu adalah fitrah?' Persoalan itu sudah lama dipendam Usu. Cuma dia segan untuk bertanya kepada Ustazah Faris Hanna. Mujur teman seusrahnya; Rashidah terfikir untuk bertanya. Sekurang-kurangnya dapat juga mendengar jawapan dari Ustazah muda itu.

 

            'Rashidah... Islam tidak melarang cinta sebelum nikah, tapi Islam memerintahkan kita untuk menjaga adabnya hubungan antara lelaki dan wanita.. kalau sekiranya cinta yang ada dimanifestasi dengan berpegangan tangan, berbual perkara lagha, makan bersama, keluar dating bersama-sama dan yang lebih teruk sampai terlanjur berzina... itu bukan lagi cinta suci.. itu cinta nafsu.. cinta yang kotor...' Ketika itu semua mengangguk.

 

            "Ustazah, saya tak faham..." keluh Lina; bekas setiausaha Ashraff yang turut serta di dalam usrah bersama Usu.

 

            Ustazah Faris Hanna tersenyum. Isteri Ustaz Marwan itu sudah setahun menjadi naqibah usrah mereka. Beliau dan suaminya memegang ijazah sarjana di dalam bidang Usul Fiqh. Malah kedua-dua mereka adalah hafiz dan hafizah. Bumi berkat Madinah menemukan mereka berdua. Dengar cerita, Ustaz Marwan terserempak dengan Ustazah Faris Hanna ketika Ustazah muda itu sedang tersesat di depan Masjid Nabawi. Ustazah Faris Hanna ketinggalan jemaahnya ketika bersolat Zuhur. Nasib baik Ustaz Marwan yang ketika itu merupakan penuntut di Universiti Islam Madinah membantu mendapatkan semula kumpulan jemaah Ustazah Faris Hanna dari Universiti el-Azhar itu.

 

            'Halina, mempunyai rasa cinta pada seseorang adalah perkara fitrah... itu adalah anugerah Allah... tak ada sesiapa mampu menafikan rasa cinta itu... bila Allah hantarkan rasa cinta itu, hati kita hanya terima sahaja.. tapi, bagaimana kita menjaga cinta itu yang menyebabkan Islam melarang cinta sebelum nikah... kalau sekadar tahu sesama pasangan bahawa kita saling kasih mengasihi, tanpa ada pertemuan tanpa tujuan perlu, tak ada pegang tangan, makan bersama, dating dan sebagainya, cinta itu suci di sisi agama... cuma.. sangatlah indah kalau cinta itu dapat disempurnakan dengan nikah... macam sabda Nabi kita... yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah mafhumnya...

 

            ["Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." ]'...

 

            Ustazah Faris Hanna tersenyum memandang semua sahabat usrahnya yang khusyuk mendengar.

 

 

            “Assalamualaikum... boleh berjumpa dengan cik Zulfa...?” Lamunan Zulfa termati di situ sahaja. Pandangannya ditala ke arah pintu. Sekujur tubuh tersenyum manis di tepi pintu.

 

            “Eh, Lina... ape mimpi datang pejabat akak ni?” Zulfa tersenyum memandang bekas setiausaha Ashraff datang ke pejabatnya.

 

            “Erm.. akak busy ke? Jom lunch.. dah masuk waktu lunch ni..”

 

            “Okeh.. akak belanja..”

 

 

 

            “Ape mimpi tetiba je muncul depan pejabat akak?” Mee goreng disudu ke mulut. Bunyi hingar bingar tidak diendahkan. Dalam banyak-banyak tempat makan, gerai mamak tepi jalan paling best mee gorengnya. Di situ jugalah kebanyakan pekerja di kawasan pejabat mereka tuju setiap kali waktu makan tengahari.

 

            “Saja jenguk akak.. macam mana tempat baru?” Tanya Lina.

 

            “Baru apenya Lina.. dah dekat setahun dah akak kat situ... erm.. dah adapt dengan suasana dah pun...” balas Usu.

 

            “Kenapa tak melawat kami akak? Dah lupakan kami la tu...” Lina berseloroh.

 

            “Isy mana ada macam tu.. Akak sibuk sikitlah... nanti insyaAllah akak datang le jenguk..” Balas Usu.

 

            “Akak... sebenarnya Lina datang ni bawa hajat...”

 

            “Hajat? Pelik ni Lina.. hajat apanya...?” Tanya Usu.

 

            “Lina nak minta akak jadi peneman Lina...” jawab Lina malu-malu. Merah padam wajahnya.

 

            “Jadi peneman? Isy.. akak tak faham la Lina...”

 

            “Err.. maksud Lina jadi pengapit Lina...”

 

            “Jadi what?!” Usu tersedak mendengar jawapan Lina. Dia seperti dengar tak dengar saja.

 

            “Ala akak ni... mula la tu nak gelakkan Lina.. serius la akak.. Lina tak ada orang lain dah... akak je la harapan Lina..” jawab Lina bersungguh-sungguh.

 

            “Sape jejaka bertuah tu Lina? Amboi.. Lina nih senyap-senyap berinti ye..” Usu tersengih.

 

            “Ala akak kenal la dengan dia..” balas Lina.

 

            “Isy... nak berahsia pulak... cakap je la..”

 

            “Nah.. ini kad kami... jangan tak jadi ye kak...”

 

            “Lina... betul ke ni?” Usu tersenyum memandang nama pengantin lelaki tertera di atas kad berwarna ungu muda itu.

 

            “....” Lina mengangguk sambil tersenyum.

 

            “Kalau macam ni, akak setuju jadi pengapit Lina...” jawab Usu.

 

            “Thanks akak...” Jawab Lina.

 

 

Posted at 01:10 am by hafeiz suhaimi

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: