Fakulti aku mengadakan pameran Elektif Posting. Senior tahun 5 sekarang ini yang organize pameran tu. Mereka tunjukkan gambar-gambar masa mereka buat posting Elektif tahun 4. Seronok jugaklah aku tumpang sekaki payung join mereka. Tolong-tolong lekatkan poster. Hehe. Macam-macam ada... Paling menarik rasa aku pameran senior aku yang pergi Arab Saudi tu. Fuyyo... hospital diorang mengancam siot. Canggih betul. Memang jauh beza dari hospital kat sini.
Aku bercadang nak buat elektif dekat hospital besar Alor Star saja kot. Lagi pun aku dengar tak ramai kawan aku yang nak buat dekat sana. Aku ini lebih suka buat kat tempat yang kawan-kawan aku tak ramai pergi. Privacy la kononnya. Hehe. Ayah aku ada jugak tanya aku nak buat kat oversea ke? Tapi aku rasa dengan bahasa omputih cap belacan aku ini, bukan setakat mat salleh, mohamad salleh pun tak berapa nak faham. Aku pun kadang-kadang tak paham apa benda yang aku cakap. Belasah saja.
Aku pun dah daftar dengan pejabat fakulti nak buat dekat Alor Star. Dengar-dengar cerita ada jugak kawan-kawan saya yang poket tebal pergi Australia dengan New Zealand. Ada seorang kawan aku, Chinese pergi US. Fuh. aku tak pernah mimpi nak pergi sana. Dengan keadaan pengganas sana sini ini, lagi la aku seram nak pergi. Sepupu aku kat London sana nun pun selalu cakap pasal terrorism ini. Muslim dekat kota London sana tu dah jadi macam ayam di tengah-tengah kawanan serigala. Sama ada bersalah atau tak, di mata penguatkuasa depa tu kalau muslim = terrorist. Kadang-kadang aku pun terfikir jugak. Kenapa kalau orang Buddha ke Hindu ke Kristian ke atau Yahudi ke yang buat sebarang kekejaman, nama agama tak pernah disebut langsung. Tapi kalau muslim seorang saja yang buat, Islam pulak yang kena masuk mahkamah. Tak adil betul.
Ramai betul student dekat lobi fakulti ini. Dari tahun 1 sampai lah tahun 5. Semua pakat dok belek pameran-pameran yang ada. Aku pulak jalan seorang-seorang. Nak ajak Suhaimi, dia ada hal. Pojie pulak entah ke mana. Najib dengan lain-lain pergi mana pun aku tak tau. Isy... apesal lah hari ini aku jadik boring sesangat ye? Tahap petala 17 setengah dah ini keboringan aku. Pameran yang ada kat lobi ini dah aku ulang tiga empat kali. Dari pameran dalam negeri ke pameran luar negeri; lepas itu patah balik ke pameran dalam negeri, lepas itu pergi pameran luar negeri. Apa ini? Biol betul la aku ini.
Hari ini paling bosan aku rasa. Aku sendiri pun tak tahu apa pasal. Nak kata tak ada program, rasanya pameran ini kira boleh tahan syoknye jugak. Cuma mungkin sebab tak ada geng agaknya hari ini aku jadik macam ini. Kita kan selalunya kalau pergi mana-mana dengan kawan-kawan, then tiba-tiba saja tinggal sesorang ini mati kutu jadiknye. Dah tak ada benda lagi dah aku nak buat. Tadi aku tolong kak Asmah dekat booth pameran dia, lepas tu pergi booth abang Azimi pulak. Kemudian aku tolong angkat barang-barang pameran untuk booth kak Sufiah. Banyak betul barang-barang pameran dia. Maklumlah orang buat elektif O&G.
Hujung-hujung semester macam ini rasa macam dah habis exam pulak. Err.. walau pun aku belum exam lagik. Tak aci betul la fakulti aku ini. Year 1, year 2 and year 3 dah habis exam dah. Year 4 saja belum exam lagi. Adik-adik junior dah syok-syok kitorang still kena study lagi. Jelesnyer... aku rasa dari aku dok melangok tak ada kerja kat lobi ini, lagi baik aku balik hostel. Study ke... tidur ke... tak pun aku boleh bukak email dulu ke...
"Assalamualaikum, bang..." Kesopanan dan kesusilaan betul adik-adik junior aku ini ye. Zaman aku jadik junior dulu takkan kitorang nak sapa menyapa senior ini. Isy... kekadang terasa malu la pulak dengan adik-adik junior aku. Senyum saja kat tiga orang junior 1st year. Nak pergi pameran agaknya. Maklumlah dah habis exam.
"Abang Jenal... seorang saja?" sapa satu suara dari belakang. Ehem... ada orang lain ke kat sebelah aku ini? Tak nampak ke aku seorang saja ini? Hehe.
"A'ah..." balasku sambil berpusing ke belakang. Aduh... malasnye aku nak layan dia ini. Geli geleman aku rasanya. Harap muka saja lawa, perangai Ya Rabbi tak sanggup aku...
"Err... emm tak pergi pameran ke?" Alahai Midah... Ko dah tak ada ayat lain nak tanya ke? Toksah nak buang masa aku la.
"Dah... nak balik dah..." kataku. Aku terus saja melangkah menuruni anak tangga lobi menuju ke arah hostel. Aku rasa meluat tengok perangai si Midah ini. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Apa jenis perempuan la macam ini. Jagalah sikit sopan santun tu. Dah la junior dengan aku. Terhegeh-hegeh saja. Kalau adik aku perangai macam ini, eiii mahunya makan pelempang aku.
Aku berjalan menyusuri laluan pejalan kaki ke asrama. Nak cepat sampai saja. Pagi-pagi macam ini ramai student yang keluar. Lebih-lebih lagi time-time nak cuti macam sekarang ini. Ramailah yang keluar outing ke bandar. Aku membelek jam tangan jenama Adidas hadiah dari ayah tahun lepas. 9.41 pagi. Masih awal lagi ini. Aku meneruskan langkahku. Beg sandang aku bukak dan mengeluarkan MP3 player hadiah dari Dr Ahmad. Dah lama aku berhajat nak beli. Tak sangka la pulak dapat free. Huhu. Aku memasang earphone sambil menekan butang play. Aku memilih lagu kegemaran Malaya, Warkah Berlagu Pilu... ehehe.. jiwang siot. Aku hummingkan lagunya sesikit. Nak nyanyi tak reti.
Sesampai aku di depan pintu apartment aku dapati ada surat dalam letter box. Eh, dari AJK Surau la. Aku meneliti surat tu kat depan pintu. Oh... ada program la malam Jumaat ini. Ceramah dari Ustaz Khairudin. Best ini. Aku membuka pintu dan memberi salam. Senyap saja. Tak ada orang ini. Aku meletakkan surat AJK Surau tu atas meja dan melangkah menjenguk ke bilik Azmal dan Akmal. Tak ada orang. Terus aku melangkah ke bilik aku. Terasa nak online la pulak.
Aku bangun dari katil dan menuju ke arah meja belajar aku yang menghadap betul-betul ke surau. Laptop ACER milik aku dihidupkan. Aku membelek-belek handphone aku sementara menantikan loading. Eh.. ada mesej pulak. Tak perasan aku tadi ada mesej masuk.
Nal... tolong aku... bukak email ko...
Aku citer dalam tu... terima kasih sahabat...
Hai Kenapa pulak dengan kawan baik aku ini? Tak pernah-pernah dia hantar mesej minta tolong macam ini. Masalah apa pulak ini. Macam tau-tau saja aku nak online. Selesai loading. Aku terus bukak email. Tak sabar la pulak rasanya. Sebelum sempat aku baca email dia aku bangun bukak suis kipas dulu. Panas la rasanya.
------
From : khairil@yahoo.com
To : jenal_riff@lycos.com
Subject: Assalamualaikum...
Nal...
Nal... aku tengah frust gila ni wei. Aku tak tau nak cakap kat sape dah. Ko seorang saja kawan baik aku. Aku percaya dengan kau seorang saja. Aku dah break-off dengan Nurul... aku ingatkan balik ke Malaysia ini nak rapatkan hubgn dengan dia, tapi lain pula jadinya. Aku tak faham la dengan perempuan ini... apa salah aku pun aku tak tau... tiba-tiba saja minta putus... dua minggu lepas kata rindu lah apa la... ni aku dah sampai sini... minta putus...
Aku faham kalau ko rasa terbeban dengan problem aku ni... ko pun mesti ada problem sendri juga kan... tapi please wei... aku tengah bengong ini... bengang betul la.. bila aku tanya apesal nak putus dia senyap saja... apa aku ini tak cukup setia ke untuk dia? Jahat ke aku ni untuk dia? Dulu ok saja... apesal sekarang ini baru ada hal. Aku dah cakap dengan dia tapi dia berkeras nak putus juga... apa aku nak buat ini Nal?.. tolong lah wei...
Salam... Khairil
-----
Err kesiannya dengan kawan baik aku ini. Nurul... siapalah agaknya wanita yang kejam sangat ini? Setahu aku Khairil ini dah baik gila. Bukannya jenis kaki perempuan ke, kutu rayau ke. Nak kata dia ini masa depan tak kukuh, tak logic la pulak. Bakal engineer lulusan United Kingdom lagi tu. Sape ye Nurul ini? Isy kalau ikutkan nak saja aku bersemuka dengan dia ini. Yang si Khairil ini pun satu apa pasal tak pernah nak kenalkan aku dengan si Nurul ini. Suka sangat berahsia. Jadik masalah macam ini baru nak tergagai cari aku. Apa aku nak buat? Setakat nasihat tu... bolehlah. Tak dapatlah aku nak nasihat lebih-lebih. Aku pun bukan ada pengalaman bab-bab ini semua.
------
From : jenal_riff@lycos.com
To : khairil@yahoo.com
Subject: Assalamualaikum...
Ril...
Aku ini bukannya experienced sangat bab cinta ini... kau pun tahukan aku camner... aku setakat cakap bersabar tu bolehlah... lagi pun kau kena bersemuka dengan Nurul tu agaknya... bincang dengan dia lagi sekali... maybe kau ada communication gap kot... ye la... seorang di sini seorang di UK nun... kau pun setahu aku sekali dua saja jumpa dia... dah tu pula jumpa pun bertiga dengan adik dia... mesti agak aku dia rasa macam tak ada cinta kot.. entahlah... aku yakin kau dengan dia boleh berbaik semula... try la jumpa dia...
Kalau kau ada problem apa-apa just contact aku... insyaAllah... kalau aku boleh tolong tu aku tolong la... Doa banyak-banyak la...
Salam.... Jenal.
------
Butang send aku tekan. Aku termenung sekejap depan laptop aku. Agaknya ini la dia cabarannya dalam cinta. Macam-macam ada. Nasib baik aku tak ada terlibat dalam hal-hal macam ini. Agaknya betul jugak kata Pojie. Lebih baik bercinta lepas kahwin, lebih mesra dan akrab.
------
Minggu depan final exam aku. Hopefully aku lulus la. Dapat ke tahun 5. Study group aku pun dah semakin rancak buat discussion. Kekadang tu rasa penat gila. Semangat sesangat diorang ini study. Kekadang tu aku terlentok kejap tengah discuss. Nak buat macam mana. Mengantuk ubatnya tidur lah. Tapi Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang komited macam diorang semua. Kawan dengan penjual minyak wangi dapat lah bau wangi, kawan dengan kambing dapat lah bau kambing.
Khairil masih lagi berkabung. Lebih kurang sekali sehari dia balas email aku. Jadi kaunselor tak bertauliah kejap. Walaupun aku sibuk nak exam, kasihan pulak aku nak biarkan dia seorang-seorang. Sejak sekolah menengah lagi aku dah kawan baik dengan dia. Lagi pun aku yakin kalau kita tolong kawan-kawan, nanti Allah akan tolong kita pulak... Terus teranglah... kadang-kadang aku mati akal nak cakap apa dengan si Khairil ini... tak balas email dia rasanya kejam bebenor la pulak... kalau nak balas aku tulis ayat-ayat yang sama saja setiap kali aku balas... sabar la... sabar... itu saja la ayat aku... tapi kata orang masalah ini kalau ada orang tolong dengar pun dah kira lega dah...
Aku berjalan seorang diri di kaki lima asrama. Petang nanti aku ada discussion lagi. Aku pulak tu yang kena buat presentation discussion tu. Dah la topik pharmacology yang dah lama aku tak belek bukunye. Dah berkarat gamaknye dalam otak aku. 1st dan 2nd year dulu ada la aku attend lecture pharmacology. Lepas tu aku dah tak ada formal lecture lagi dah. kira belajar sendiri la bab tu. Sambil berjalan tu aku belek-belek handphone aku. Mana la tau ada mesej ke... misscall ke...
Nal... jangan lupa ptg ini... pharmaco... kat tempat biasa
SMS dari Ke'on. Haousemate aku. Ala yang tinggal sebilik dengan Pejol a.k.a Faizul tu. Hehe. Apartment aku ada dua study group. Satu group aku dan satu lagi group Akmal. Group aku terdiri daripada aku, Zaim, Pejol, Ke'on dan Suhaimi. Group Akmal pulak terdiri dari Akmal, Azmal, Pojie, Najib dan Izham. Walau pun kitorang lain-lain group, tapi study kat tempat yang sama saja. Presentation pun sama-sama. Setiap topik dua orang akan bentangkan. Macam topik pharmacology ini aku dengan Izham akan bentang. Collaboration work la ini.
Selesai aku tutup message box handphone, terkeluar pulak missed call list. Aik ramai pulak yang contact hari ini. Dalam dok ghairah membelek handphone aku tu, hampir-hampir aku nak tergolek depan tangga fakulti. Nasib baik tak ada orang nampak. Maklumlah aku ini memang pakar buat akrobatik free ini. Ada dua missed call. Satu dari Izham dan satu lagi dari siapa entah. Aku tak ada simpan nombornye dalam phonebook aku. Ah.. lantaklah. Aku call Izham.
"Assalamualaikum.. Am... Kenapa?" tanyaku setelah aku dengar bunyi orang manjawab panggilan.
"Waalaikumussalam... Nal, bila ko nak datang ini? Dah berakar aku tunggu kat sini..." balas Izham dengan suara dia sikit berbisik. Eh Kenapa mamat ini. Hilang suara pulak.
"Kau kat mana ini Am? Vocal cord paralysis ke ini bisik-bisik dengan aku?" balasku.
"Aku dalam library la gonjol... cepat la wei..." Erk alamak. Teringat aku dekat ex-schoolmate aku si Ila. Suka sangat sebut gonjol. Sesikit gonjol. Itu sikit gonjol ini sikit gonjol. Kat universiti ini si Izham pulak. Hmm.
"Ok... rileks... aku kat bawah ini ha... on the road..." balasku. Aku menekan butang lif untuk ke tingkat atas bangunan fakulti. Library ada di tingkat 4.
Beberapa saat kemudian, lif terbuka depan aku. Kosong. Tak ada orang. Aku melangkah masuk. Butang tingkat empat aku tekan. Aku membuka beg sandang aku. Kad matrik aku keluarkan dan lekatkan di kolar baju T-shirt putih yang aku pakai. Kalau tak ada kad ini alamatnye tak boleh masuk library. Sensor kat depan pintu tu pandai saja detect sesiapa yang masuk tak pakai kad. Teet.... teet.... teett... bunyi. Abislah satu library dengar. Lepas itu semua mata akan terfokus dekat kita. Masa tu rasanya muka tu dah setebal 12 kaki dah. Beberapa ketika kemudian datanglah pakcik guard. Minta kad matrik dik... ayat skema. Hehe.
Sebaik melangkah masuk ke dalam library, terus aku menuju ke pigeon hole. Tempat menyimpan beg kegemaran aku adalah di hujung sekali. Aku keluarkan exam pad, pen dan beberapa buah buku rujukan yang aku bawak sekali. Dan.. tak lupa juga discman kesayangan aku. Hehe. Kekadang duduk dalam library ini boring sangat. Kena juga ada sumber hiburan. Huhu. Jaket biru gelap tertulis nama universiti aku tak lupa. Sejuk bebenor dalam library ini.
Aku melilau mencari-cari kat mana Izham duduk. Dah puas aku pusing tingkat 1 ini tak ada pun. Aku melangkah ke arah tangga kecil ke tingkat atas library. Ramai juga junior yang duduk kat tingkat bawah tadi. Aku tahu selalunya senior duduk kat tingkat atas. Sebab lebih banyak buku klinikal kat sana. Dan aku agak Izham pun ada kat atas jugak.
Terpacul saja aku kat tingkat atas, Izham melambai-lambai aku dari meja hujung sekali, di tepi tingkap. Bertimbun-timbun buku dan nota-nota kat atas meja depan dia. Mamat ini kalau study memang dahsyat betul. Aku membalas lambaian dia semula. Lantas aku berjalan menuju ke arah Izham. Aku menghempaskan exam pad atas meja. Terkejut Izham yang sedang menulis. Aku tersengih.
"Woi... tak sekolah ke? ini library bukannya pasar malam..." sindir Izham. Pen di tangannya diketuk-ketuk ke atas meja.
"Ek elleh... rileks la... dah sampai mana ko study?" Aku menghempaskan punggungku ke atas kerusi empuk library. Aku membetulkan duduk. Terus aku bukak buku Lippincots di depan aku.
"Dah sampai ini ha... part hyperlipidemic drugs dah... eh ko ambil satu tajuk lagi boleh tak? Anti-arrhythmic drugs ini banyak la aku nak cover..." Dia ini. Minggu lepas beriye sangat nak bahagi seorang empat tajuk.. ini nak tambah lagi satu kat aku pulak dah.
"La... aritu beriye sangat nak ambil part tu..." balasku protes. Bahagian aku dah aku kira sebagai selesai. Sebab aku dah prepare minggu lepas lagi. Hari ini aku datang pun sebab nak bincang apa-apa yang belum clear lagi saja.
"Tolongla Nal... banyak ini ha... tengok dah dekat 10 muka surat dah ini aku buat summary presentation aku... lunch pun aku skip ini... tolongla wei... ko la satu-satunya kawan aku... please wei..." Amboi boleh tahan jugak dia ini. kasihan la pulak. Terpaksa la aku pun skip lunch hari ini. Dah pukul 12.30 tengahari dah ini.
"Ok... tapi aku ambil anti-hypertensive drugs saja..." balasku. Terus berubah riak dia.
"Terima kasih Nal... fuh lega sikit..." Izham menyambung bacaannya semula. Sementara aku terpaksa la bukak balik buku pharmacology ini. Aku dah study sesikit bab anti-hypertensive tu, tapi tak ada la prepare untuk presentation.
Lebih kurang setengah jam aku mentelaah handphone aku berdering. Nasib baik tak ramai orang kat tingkat atas ini. Aku pun satu hal jugak. Pelupa sangat. Camner entah boleh tak silent kan handphone masuk library ini. Ada la jugak dua tiga orang student yang pandang aku. Ah, lantakle. Bukan aku sengaja. Ada jugak yang tersengih, mengutuk la tu. Hampeh.
Dalam keadaan kelam kabut aku nak silentkan handphone aku, tersedarlah aku pada somebody yang tengah duduk memandang ke arah aku. Dari anak mata aku. Aku yakin dia tengah tengok aku. Cuma aku tak pasti dia tengah sengih ke tengah gelakkan aku. Dan dengan beraninya aku pandang tepat ke arah mata dia. Ha ambik kau. Terkejut beruk dia. Terus dia pandang ke arah lain.
"Woi..." Izham menepuk lengan aku. Giliran aku pulak terkejut beruk. Hehe.
"Apa?" tanyaku.
"Ko pandang sape?" tanya Izham.
"Tu... ustazah tu..." balasku selamba.
"Jaga mata Nal... ko ini mata bola keranjang jugak ye... ingatkan soleh..." balas Izham.
"Bukan aku tengok dia... dia yang tengok aku dulu..." protesku.
"Alah... dari mata tu boleh jadi maksiat... nauzubillah... tak ingat ke pesan Najib... zina mata tu sangat bahaya..." pesan Izham.
Aku beristighfar panjang di dalam hati. Inilah agaknya sifat manusia. Dalam keadaan berusrah pun masih jugak kadang-kadang tergelincir. Macam mana la agaknya mereka yang tak ada join usrah ini. Terus aku tundukkan pandanganku ke arah buku di depan.