Sunday, January 01, 2006
KT5 Vol 1 [Part 1]

 

         Cinta hadir di dalam hati tanpa diduga. Kasih telah berputik tanpa disedari. Hanya hati sahaja yang masih tertanya-tanya. Di mana letaknya sayang? Antara perancangan manusia dan ketentuan Ilahi. Antara persahabatan dan ikatan kasih. Antara pengorbanan dan keredhaan. Lahir sebuah cinta yang tulus dan persahabatan yang tidak akan terputus dengan kehalusan seni takdir-Nya.

      "Along… along… cepatlah sikit long… lama benar along ini bersiap.." suara jeritan Usu memecah kedamaian tengahari. Isy.. damai ke tengahari? Panas membahang membakar macam microwave oven National  di dapur tu ada lah. Oven yang pernah masuk 'hospital' sebab aku dulu. Ah, siapa suruh letak benda alah tu di tepi kabinet. Orang nak cepat, tersiku sikit jatuhlah. Tapi, kerana teknik menyiku oven tahap 21 aku tu, aku di 'fire' oleh mama aku selama seminggu. Tak campur dengan kuliah-kuliah pendek yang aku kena attend lepas tu selama berminggu-minggu.


      "Alonggggggggggggggg….." suara Usu semakin dahsyat. Haih adik aku seorang ini dah tak sabar-sabar gamaknya nak ke Bandar. Apa kejadahnya nak pergi bandar panas-panas macam ini pun tak tau lah aku. Tak ada ke masa lain yang lebih cun nak pergi? Dah lah tu, mengacau Along pulak suruh temankan. Nasib baiklah Along ni stok along yang budiman. Hehe.. masuk bakul angkat sendiri nampak?? Wink. Aku bergegas keluar dari bilik. Kulihat Usu dengan muka air 14 sedang menantiku di atas sofa. Nampak macam nak merajuk aje tu. Alahai budak perempuan, kasi aiskrim sikit ok lah tu.


      "Jom…" aku melemparkan senyum separa ikhlas untuknya. Malas nak pujuk lagi kalau dia tak tunjukkan rajuk dia tu. Ehehehe. Saja aku nak test…

      "Bersiap macam anak dara…" Usu memuncungkan mulutnya. Mak oi, mengalahkan hidung Pinnochio aje. Sah. Merajuk. Dan serentak dengan itu juga otak aku ligat mencari formula baru nak pujuk adik bongsuku. Dah macam-macam skill yang aku dah pakai. Hari ini nak pakai skill apa pulak ye. Cepat lah wahai sang otak. Kenapa lah hari ini aku lembap semacam saja ini. Ini mesti kes tidur lewat semalam. Takpe. Rileks Along rileks. Small matter saja ini.


      "Ala… takkan tu pun nak merajuk? sape suruh Usu tak bagi tau awal-awal nak ajak pergi bandar." Ayatku nak cari helah. Kehkehkeh. Macam tak logik aje. Kan ke dia bagi tau semalam. Ah, lantak lah. Janji mengayat mesti power. Ehehe. Pinjam ayat Pojie @ FauziJiwang. Member sekuliah aku. Jangan kantoi sudahlah.


      "Eh, cepatlah. Nak pergi tak nak ni? Karang along naik atas balik, padan muka..." gayaku sedikit garang. Huhu. Acah saja ni. Nak test ke'power'an kuasa seorang abang long.
Hmmm... menjadi ini. Power lagi jugak kuasa aku. Usu bangun menuju ke pintu. Walau pun masih monyok tapi janji menjadi taktik aku kali ini. Hmmm skill ini aku nak namakan Teknik Mengancam Dalam Kesopanan dan Kesusilaan. Isy.. macam Rukunegara lah pulak dah. Jangan lupa. Kempen berbudi bahasa. Kehkehkeh.


      "Along nak pergi bandar dengan Usu ke?" tiba-tiba aje suara mama menerjah gegendang telinga aku. Getarannya terus ke tulang Osikel (osicle) dan pergi ke Koklea (cochlear) dan tertukar jadi impuls untuk dihantar ke otak. Wuisy... power jugak lagi fisiologi aku. Tenkiu very much buat Prof. Manjit yang tak putus-putus asa mengajar kitorang semua. Masih ada lagi ilmu yang tersepit seketul dua di celah-celah neuron otak aku ini.

      "A'ah. Mama ada nak pesan apa-apa ke?" balasku ringkas. Aku memandang wajah mama. Menanti jawapan.

      "Belikan mama barang-barang dalam list ni ye Along". Mama menghulurkan sekeping kertas kecil padaku. Ayam 1 ekor, rempah kari Baba's 3 paket, gajus 100 gram, kismis kuning 3 kotak, beras basmathi 5 kg... bla bla bla... aku terkesima. "Pakai duit ini", sambung mama.


      "Ma nak buat kenduri ke ni? Banyak betul barang" balasku setelah mengambil wang RM 100 dari mama. Wajah mama lantas mengukir senyum. Penuh misteri. Seram siot. "Nak masak untuk along lah. Mama nak jamu along biar gemuk sikit. Dah kurus benar mama tengok" balas mama. Biar betul ni mama. Nak jamu ke nak sumbat ni. Hehehe. Tapi takpe. Janji masakan mama, the best dalam dunia. Kalah chef Wan dengan chef Ismail kat tv tu. Alamak, ini tahu dek chef-chef berdua tu mahu kena saman aku ini...


      "Along pergi dulu ma. Cik mek molek tu dah nak merajuk kali ke 99 dah tu" kataku sambil menjeling ke arah Usu yang sedang memerhatikan aku sedari tadi di pintu. Aku bersalam sambil mencium tangan mama. Jaga adab wei. Anak lelaki pun kena jaga juga adab sopan. Ingat anak dara aje ke?

      Aku melangkah menuju ke kereta Perodua Kenari di luar rumah. Kereta mama ini. Dah setahun lebih dah mama pakai. Sejak mama jual kereta Proton Iswara Aeroback dulu tu. ini lah kereta yang mama guna ke pejabat. Ayah pulak pergi kerja dengan Perdana V6 dia. Tak boleh mama nak tumpang sekali. Ayah ke utara, mama ke selatan. Ehehe. Enjin kuhidupkan dan air-cond aku kuatkan. Nak sejukkan hati cik mek molek kat sebelah ini. Dah lah tu Usu. Malas lah Along nak pujuk. Boring betul lah orang perempuan ini. Sikit-sikit merajuk. Tak best langsung.


      "Dah lah tu Usu... takkan nak merajuk lagi kot? Tak syok lah macam ni..." pujukku. Setelah 10 minit memandu, kulihat Usu masih diam membatu. Selalunya dialah yang paling becok. Ada saja benda nak dicakapkan.


      "Janji jangan buat macam ni lagi.." Erk.. terkeluar jugak ayat mengalah adik aku ini. Hehe. Dah nak cairlah tu. Dahsyat lah along kau ini Usu. Sepatah dua saja dah cair rajuk Usu. "Ok... along janji... lepas ini along tak lambat lagi... ok... tunjuk gigi sikit?..." Nah keluar lagi ayat-ayatku. Hehe. Tunjuk gigi? Senyumlah tu. Tunjuk gigi tu simpulan bahasa aku dengan Usu aje. Err sebenarnya banyak lagi koleksi simpulan bahasa kitorang. Dah boleh buat kamus pun.

      Alhamdulillah. Cair jugak adik aku seorang ini. Jelas kehebatanku mencairkan adikku menjadi lagi. Aik? Masuk bakul lagi ini. Istighfar Jenal... taubat wei.. Ko ni riya' betul lah. Usu tersengih menunjukkan giginya. Berderet macam pagar. Keskeskes. "Puas?" ejek Usu padaku. Alah apa yang best sangat dengan gigi kau tu Usu. Saja nak ko happy balik. Ambik hati. Huhu.


      "Ok.. puas.. tapi bau semacam saja lah. Gigi tak shower ke pagi tadi Usu?" balasku mengusik. "Tolong sikit eh.. gigi ini mandi pakai syampu Colgate tau. Siap ada conditioner lagik. Jangan-jangan gigi along tu yang tak mandi agaknya..." balas Usu. Hmmm dah ok lah tu. Ehehe. Hoorey. Mission accomplished!

      "Usu nak pergi mana sebenarnya nie? Along kena pergi Pacific tau. Nak belikan barang-barang mama ini." ujarku menukar topik. Anyway, topik memujuk dah selesai. Hehe.

      "Usu nak pergi BodyShop. Nak beli perfume.." balasnya ringkas.

      "Hah? Nak beli perfume?" Terkejut? Hehe. Memang tergezut. Usu aku ini dah melambak perfume dia kat meja solek dia tu. Sebutlah apa jenis semua ada. Tak pernah pulak beli perfume ajak aku. Apa barang tiba-tiba ajak aku pulak beli perfume ini?

      "A'ah... perfume atau dalam bahsa jepun... minyak wangi..." balasnya lagi. Buat lawak lah konon tu. Kurang lagi skill ini. Kena belajar dengan Along lagi ini.

      "Nak buat apa beli perfume? Usu kan dah ada satu kapal perfume?" tanyaku inginkan kepastian.

      "Usu nak belikan hadiah lah Along. Sebab tu lah Usu ajak Along" jelasnya. Riak muka seposen tak berperasaannya macam tak puas hati saja kena soal siasat dengan aku.

      "Oic... untuk siapa?" ehehe soalan seterusnya. Buat-buat senyum sikit supaya dia tak perasan aku tengah blur lagik.

      "Kawan"

      "Mak Andeh or Pak Pandir?" 
      

      "Pandir"
   

      "Siapa?" Maknanya along nak tau nama and apa hal spesel sangat sampai dapat present ini. Jeles ini.

      "Kawan sekuliah"

      "No name?" ha.. kan dah keluar ayat ganaz.

      "Muhd Hafizi Bin Muhd Kamil... fullstop" balasnya.

      Uisy.. marah ke? Nak tanya lagi sebenarnya ini. Boleh ke tak? Oit.. Jangan Jenal... jangan... tadi pun dia dah panas. Karang meletup dalam Kenari ini.. Jadi Kenari goreng pulak dek kedahsyatan letupan Usu ini. Hmm Kenapa lah Usu aku ini hangin 15 haribulan pulak hari ini. Maintain budiman Jenal maintain... Kau kan calon anugerah Along Budiman 2005. hehehe.


      "Kita pergi beli barang-barang mama dulu lah ye... nanti tak payah pusing balik dah... lepas beli perfume kita pergi KFC, ok?" hehe. Teknik menenangkan adik aku. Teknik ini dah banyak kali aku pakai. Memang menjadi. Usu aku ini kaki KFC dengan McD kalau nak tau. Tengah malam pun boleh jadi dengan dia ini. Nasib baik KFC tak bukak 24 hours kat tempat aku ini.

      "Ok..." sambil senyum meleret.

      Ha... kan aku dah kata tadi. Memang menjadi punya lah teknik KFC aku ini.

      Aku melangkah memasuki Pacific Hypermarket yang luas gedabak tu. Hmm maju betul negara Malaysia ini. Macam ini punya hypermarket pun dah ada kat sini. Yang masih tak maju lagi, pemikiran orang Malaysia. Negara kelas pertama, pemikiran kelas ketiga lagik. Alamak.. macam kena batang hidung sendiri aje ini. Huhu. Insaf.

 

     Aku mencari-cari tempat jualan barang-barang dapur. Alahai.. ini yang aku boring ini. Masuk hypermarket macam ini. Slot barangan dapur entah mana lah mereka ini sorokkan. Usu pulak entah ke mana perginya. Aku bukannya kenal sangat dengan barang-barang dapur mama pesan ini. Beras basmathi dengan rempah tu aku tau lah. Yang jintan-jintan, halba apa kebenda semua tu benda alah apa agaknye. Ini mahu 10 jam aku mencari sesorang ini. Bosannye...

      "Along..."


 

      Ini yang aku paling alergik ini. Main sergah-sergah aku time-time bengong macam ini ini. Karang tak pasal-pasal kena penampau kuih pau baru tau. Nasib baiklah aku tak ada heart problem. Kalau tak, mahu kena left bundle branch block leading to left heart failure ini. Fuyyo.. apa bendalah yang aku merepek ini. 'Jenal.. Jenal.. anda ini bab mencipta penyakit baru memang pakar...' kihkihkih ayat Kak Lah time trigger discussion zaman muda-muda tahun satu dulu... ekeke..


      "Hah.. apa benda Usu?" balasku ringkas. Kening aku angkat macam Ziana Zain tengah melalak Madah Berhelah... Ah... tu lagu lama lah.. lagu barulah.. Sembilu Kasih... huhu..

    

     "Along buat apa kat bahagian ini? Cik abang nak beli 'tu' kat wife ke?" kata Usu dengan muka sengih macam Giant nak belasah Nobita sambil menuding ke rak di sebelahku.

      Erk... alamak... macam mana aku boleh tersesat masuk bahagian tuala wanita pulak ini? Isy.. malunya.. malu.. Haru betul lah kau ini Jenal... Haru biru kelabu ungu dan segala macam colour lagik lah.. Patutlah dari tadi nampak macam kenal saja jenama Whispers semua ini.. hehehe.. rupanya dah sesat ke alam wanita rupanya.


      "Along nak... aa nak pergi sana tu lah.." balasku meng'cover line' hehe. Walau pun nampak dah terkantoi sangat dah ini. Rileks Jenal... cool beb...

      

      "Ye lah tu... berangan sesorang... nak beli apa kat bahagian periuk belanga tu? Mama pesan ke?" Erk.. kena lagi sejibik aku kali ini.. malang betul lah aku.. ini tak boleh jadi ini.. kena fire balik ini.. come on Jenal.. fire.. fire..

      "Usu mana tau.. along nak jalan-jalan pun tak boleh ke? Dah.. jom.." ehehe.. tu aje yang aku mampu balas balik.. guna kuasa abang long lagi.. huhu.. dah kantoi.. entah masa bila lah pulak aku melangkah masuk bahagian tuala wanita pun tak tau lah.

      

      "Along... sana lah" Usu membetulkan arahku yang memang tengah biol kena sergah and perli tadi.
      

      "Ah.. taulah.." balasku ringkas.

......

      Aku melangkah masuk ke restoran makanan segera KFC di tingkat atas pasaraya. Aduh.. nampaknya kopaklah duit along kau ini Usu. Tadi dahla kena bayarkan harga perfume. Ini kena belanja KFC lagi. Duit tak cukup nak jugak beli perfume tu. Hmm untunglah kau Muhd Hafizi Bin Muhd Kamil oi... dapat perfume RM 250. Aku ini pun tak pakai perfume mahal begitu tau. Sayang adik punya pasal, RM 150 kena lah jugak aku bagi.. saham aku lebih dalam present dia ini.. ada chance lah nak korek rahsia lagik.. kuikuikui... idea setan dah datanglah tu.. istighfar Jenal woi..

      

      "Along... RM25.69" Usu berpaling padaku sambil menghulurkan tangan kanannya. Sengih lagi kau Usu? Along kau ini dah hampir nak kemarau kau tau tak? Nasib baiklah biasiswa baru masuk. Kalaulah along kau ini dah kerja, mahu habis duit gaji belanja kau aje Usu...


      Aku mengeluarkan dompet dan membuka zip. Wang RM 10 tiga keping aku keluarkan dan kuhulurkan pada Usu.

      

      "Thanks along... sayang along.." Itu sajalah ayat kau Usu oi.. Nak bodek untuk next time lah tu..


      "Tak ada diskaun ke dik? Hujung-hujung tahun macam ini takkan KFC tak buat sale?" kataku pada gadis cashier tu.

      

      "Isy.. encik ini macam tak tau pulak... KFC mana ada buat sale.." katanya sambil mengukir senyum. Ha.. oklah tu dari tadi masam semacam saja. Ingatkan facial nerve palsy... rupanya intact lagi.. Apelah KFC ini.. letak cashier cun tapi stok facial nerve palsy... Huhu..

      "Ello.. ingat ini kedai kain batik ke? Along ini entah apa-apa lah" Usu menyiku aku. Kacau daun betullah Usu ini.

      

      "Budak-budak diam..." balasku.

      "Oklah kak... kitorang balik dulu ye.. assalamualaikum..." Usu berbahasa dengan cashier tu. Aik.. macam kenal pulak diorang ini. 

      "Kenal ke?" tanyaku ringkas sejurus keluar dari pintu masuk KFC.

      

      "Dah selalu jumpa.. Usu kan selalu datang sini.." jawabnya. Ye tak ye jugak. Usu aku ini kan johan Malaya makan KFC..

      "Oic.." balasku ringkas.

 

      -------------------------------------

      Cinta itu cahaya sanubari

      Kurniaan Tuhan fitrah insani

      Dan di mana terciptanya cinta

      Di situ rindu bermula

 

      Cinta itu tidak pernah meminta

      Tetapi memberi sepenuh rela

      Rasa bahagia biar pun sengsara

      Berkorban segala-gala

 

      Semua kerana cinta

      Yang pahit manis dirasa

      Menghibur nestapa

      Merawat duka

      Damai di jiwa

 

      ---------------------------------------

      Kerana Cinta

      (In-team feat. Mestica)

 

 

Posted at 03:33 pm by hafeiz suhaimi

aku_flora
September 9, 2009   11:56 PM PDT
 
...first time ak msuk blog ni
nana wong
September 4, 2009   03:46 PM PDT
 
agak masyuk la gak cter nie...cam x caya je boyz medic de aura smad said...pepun,ur stry gempak la bro..hope u suces slaluuu....huhuhu
hafeiz
November 25, 2006   03:32 PM PST
 
thanx nisa'... KT5 Vol 2 mmg dah kuar kat Ukhwah.. tp belum ending lg...
nisa'
November 25, 2006   03:30 PM PST
 
best citer nie... dah bc Vol 1 nie kat Ukhwah.com... tp version blog nih mcm ade ubah skit dr ukhwah... ape pun still best gak... Vol 2 dah kuar kat Ukhwah gak kan? :-)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Home Next Entry

   













pelawat sedang berkhayal





Semenjak 27 Mac 2007 1240 p.m.

View My Stats










Kuliah Tahun 5


[ 1] [ 2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][Finale]

Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...





Kuliah Tahun 5 Volume II

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][Finale]

Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...




Namaku Muna

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][Finale]

Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...






Namaku Muna II


[Intro][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12 & 13][14 & 15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]


Langkahku menjadi kaku..
Musim berlalu terasa seperti angin lalu..
Engkaukah yang mengetuk pintu hatiku..?
Atau aku yang bermimpi di hujung senja..






Aku dan Dia
[Prolog][Satu][Dua][Tiga][Empat][Lima][Enam][Tujuh]






Kisah Adam dan Zulaikha

Kisah Adam dan Zulaikha 1
 
Kisah Adam dan Zulaikha 2
 
Kisah Adam dan Zulaikha 3
 
Kisah Adam dan Zulaikha 4
 
Kisah Adam dan Zulaikha 5
 
Kisah Adam dan Zulaikha 6
 
Kisah Adam dan Zulaikha 7
 
Kisah Adam dan Zulaikha Finale

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?







If you want to be updated on this weblog Enter your email here: