Semalam suatu
peristiwa hitam berlaku di pejabat. Sesuatu yg telah lama aku hidu tapi aku tak
punya bukti untuk membawanya ke tengah. Tapi benarlah pesan Tuhan melalui lidah
Rasul-Nya bahawa apabila datang yg benar maka lenyaplah kebatilan. Dan
sesungguhnya yg batil itu pasti akan lenyap jua.
Anugerah Holdings
menamatkan ikatan kontrak serta merta dengan Perdana Development. Kajian yg
dibuat secara senyap-senyap mendapati bekalan bahan mentah untuk projek
pembinaan yg dibekalkan oleh Perdana Development itu jauh sangat rendah
mutunya. Malah, terlalu rendah. Tidak setimpal dengan apa yg dijanjikan di
dalam nota perjanjian antara Anugerah Holdings dan Perdana Development.
“Encik Zaqwan...”
Suatu hari Muna mendekati Zaqwan. Ketika itu dia dalam
perjalanan pulang ke pejabatnya selepas selesai mesyuarat di Perdana
Development.
“Ade ape hal Muna?”
“Encik Zaqwan, ada perkara yg tak betul di Perdana
Development..” luahnya.
“Hurm.. Muna.. awak bekerja di sana.. perbuatan awak ni
akan menyebabkan awak dipecat tau tak?” Zaqwan menduga Muna.
“Tak apa kalau dipecat.. saya bukannya menyumbang apa-apa
di sini.. sekadar bekerja untuk dapat rezeki..” balas Muna jujur.
“Apa yg tak kena?” Langkah mereka terhenti di bus stand
tempat Muna selalu menunggu bas.
“Cik Saliza ada niat jahat terhadap Anugerah Holdings..
mungkin nak menjatuhkan reputasi Anugerah Holdings..”
“Err.. saya tak berapa faham maksud awak Muna..”
“Bahan mentah yg dibekalkan tu, bukannya dari syarikat yg
berkelulusan, tapi syarikat yg tak ada sijil.. barang tu kemudian ditukar label
dengan label syarikat berkelulusan kemudian barulah dihantar kepada Anugerah
Holdings..” jelas Muna.
“Mana awak tahu semua ni?”
“Saya jumpa ni Encik Zaqwan..”
Muna menghulurkan sekeping resit bayaran bahan mentah
kepada sebuah syarikat yg entah di mana. Bayaran dibuat atas nama peribadi
Saliza Datuk Ahmad Shukri.
“Saya boleh buktikan Encik Zaqwan.. barang-barang tu
bukan barang-barang berkualiti.. semua barang tu disimpan di gudang syarikat di
Selayang. Ini alamatnya..” Muna menghulurkan sekeping nota tertulis alamat
gudang milik Perdana Development.
“Kenapa awak beritahu saya semua ni?” Duga Zaqwan.
“Saya tak mahu makan harta haram Encik Zaqwan.. saya
sudah letak jawatan pagi tadi.. saya tak mahu bekerja di syarikat yg
mengusahakan untung dengan menipu..” balas Muna.
Dari info yg Muna
berikan itulah Anugerah Holdings membentuk satu jawatankuasa rahsia untuk
menyiasat. Dan buktinya memang jelas dan tiada keraguan lagi. Saliza Datuk
Ahmad Shukri menjadi dalangnya. Oleh kerana Perdana Development telah melanggar
perjanjian, maka kami telah memutuskan untuk menamatkan terus usahasama dengan
Perdana Development.
Dan sebagai tanda
bersyukur di atas kurniaan Allah swt, Anugerah Holdings menaja rombongan umrah
untuk semua kakitangannya yg akan pergi secara berkelompok. Zaqwan dan Eddie
berada di dalam kelompok pertama berlepas ke tanah suci. Sudah dua minggu
mereka di sana.
-------------------------------
Sinar matahari
petang berbalam-balam dari kejauhan bukit batu. Deru angin panas padang pasir
menerjah ke muka. Sesekali kain serban di bahu terkibar melawan bayu. Aku
melangkah penuh sayu menatapi keindahan masjid Nabi buat kali terakhir. Terasa
kasihku terus meresap ke dalam jiwa bila aku terasa seperti Rasulullah s.a.w
melambai-lambai kepadaku. Oh Allah.. istimewa sungguh lelaki itu di dalam
hatiku kini.
Lelaki itulah yg
menyebarkan sinar iman ke seluruh alam. Dialah yg mempersaudarakan suku Aus dan
Khazraj. Dialah yg membuka depaan tangannya kepada sesiapa sahaja yg datang
kepadanya. Dialah yg membuka semula Kota Makkah. Dia jugalah yg menjahit semula
cebisan-cebisan sejarah Ibrahim, menjadi teladan sepanjang zaman. Dialah
Muhammad.
Kakiku melangkah
perlahan-lahan menghampiri masjid yg dibina dari titik peluhnya. Semakin aku
dekati masjid ini, semakin terasa dekatnya dia denganku.
“Eddie...”
Aku berpaling.
Along melangkah laju mengejarku.
“Hmm.. finally...”
Aku merenungnya. Mungkin dia faham perasaanku. Dialah satu-satunya abang yg aku
ada di dunia ini. Segalanya tentang diriku dalam dan luar berada di dalam
poketnya sahaja.
“Eddie boleh datang
lagi masa depan.. insyaAllah..” Along menepuk bahuku. Sayu hati hendak berpisah
dengan tanah berkah ini. Tanah yg pernah menjadi tempat berpijaknya tapak kaki
yg paling mulia.
“InsyaAllah.. kalau
ada umur panjang..” balasku. Aku menghirup lagi udara Madinah al-Munawwarah.
Jemaah umrah kelihatan mula berpusu-pusu memasuki ruangan dalam Masjid Nabi.
Persediaan untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Kalau tidak datang awal, terpaksalah
bersolat di perkarangan masjid sahaja.
“Along doakan Eddie
dapat datang semula ke tanah berkah ni.. insyaAllah.. jangan sedih-sedih..
anggaplah ini pertemuan kita dengan Rasulullah untuk kali pertama.. lainkali
kita akan datang lagi melawat baginda..” Along memang seorang yg pandai
memujuk.
“Along.. Eddie
selalu dengar cerita tanah haram ni bumi yg makbul doa..” ujarku.
“Ya.. memang betul
tu.. di sinilah tempatnya yg paling sesuai untuk kita memohon doa.. hajat dan
sebagainya..” jawab Along.
Langkah kami
termati pada seketul batu jernih umpama permata jernih yg bergolek ke arah
kakiku. Aku tunduk dan mengambil batu jernih itu. Cantik. Kilauannya memang
menarik perhatianku dan Along. Dari mana datangnya batu ini? Bila kupandang
kiri dan kanan tiada sesiapa yg berjalan dekat dengan kami. Tak mungkin batu
ini bergolek dari jauh. Aku bingung.
“Letak semula la
batu tu Eddie..” Along menegurku apabila melihat aku yg amat tertarik dengan
batu itu.
“Kenapa pula
Along?”
“Bukan kita punya..
ini tanah berkat.. apa sahaja kepunyaannya jangan diambil..” balas Along.
“Tapi batu ni
bergolek ke arah Eddie.. seoalah-olah Allah nak bagi batu ni kepada Eddie..”
jawabku bodoh-bodoh.
“Hurm... Eddie dah
besar.. fikirlah..” Along meninggalkanku.
Aku termangu-mangu sendirian. Apa salahnya kalau aku bawa pulang batu itu
sebagai kenang-kenanganku di Masjid Nabi ini?
“Haji... Haji..”
Ada satu suara memanggil dari arah depanku. Seorang arab melambai-lambai ke
arahku. Kutoleh ke belakang, mungkin dia berbicara dengan temannya di
belakangku. Ah, tiada siapa di belakang. Aku kah yg dia panggil Haji tu?
“Haji.. Haji..” Dia
melambai lagi. Aku menuding ibu jari ke arah hidungku sambil melihat pak arab
itu. Dia mengangguk.
‘Ah, sudah.. tok arab ni panggil aku la pulak.. dah la
aku tak reti bahasa Arab..’
“Haji... haram..
haram..” Pak Arab itu menuding jari ke arah batu kristal di tanganku itu lalu
menunjukkan isyarat tangan.
“Saya jumpa di
sini..” balasku. Walau pun aku tahu dia tak faham.
“Haji.. haram..”
Pak Arab itu menuding jari ke arah batu itu lagi. Lalu dia menuding telunjuknya
ke langit sambil berkata “Allah.. Allah..”. Aku lagi tak faham. Kejap haji,
kejap haram, kejap pula sebut nama Allah. Apa dia nak ni?
“Syukran..
syukran..” Aku berlalu meninggalkan pak Arab itu. Dia menggeleng-gelengkan
kepalanya. Entah apa yg diucapkannya aku tak faham. Macam marahkan aku pun ada
juga. Batu kristal itu aku simpan di dalam kocek jubahku.
------------------------------
p/s: Hadiah istimewa buat yg setia menanti Muna selama ini dan yg bakal menelusuri diari hidup seorang insan bernama Muna Farhah Wahidah..
Kisah benar yang dilayarkan ke arena penulisan...
Permulaan yang tak pasti...
Pengakhiran yang masih samar...
Jenal dan Izzah...
Sama-sama mencari kepastian yang menanti di hujung jalan...
Persoalan hati adalah milik Allah, serahkan saja pada Pemiliknya...
Usu dan Ashraff menempuhnya untuk pengajaran yang lain...
Bila persahabatan dan cinta kesamaran,
nantikan masa dan jarak menentukannya...
Lontarkan isi hatimu, biar seluruh alam mendengarnya...
Berbisiklah pada maya, walau tiada siapa yang sudi mendengar...
Kerna jika kau tidak bersuara, semuanya menjadi sepi...
Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, kemachoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. Yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?